Rata-rata netizen sekarang ini begitu teruja dengan pengangkutan awam yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu iaitu MRT.
Ramai yang mengambil kesempatan untuk cuba menaiki MRT ini yang dikatakan paling terbaik buat masa ini yang berada di negara kita.
Nampaknya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau dikenali dengan panggilan KJ juga turut mengambil kesempatan untuk menaiki MRT ini.
Semalam di akaun Twitternya, beliau telah memuatnaik sekeping gambar dirinya yang sedang duduk di dalam MRT.
Kapsyen pada gambar pula tertulis,
“Abah balik kerja naik MRT hari ini. Ambil kesempatan OOTD poyo. Memang MRT kita world class. #JomNaikMRT,” tulisnya.
Ternyata KJ tidak pernah gagal mencuit hati netizen dengan aksi OOTDnya. Kalau dulu beliau mengambil OOTD sewaktu hari perayaan tapi kini mengambil OOTD di dalam MRT pula.
Menerusi perkongsiannya ini, beliau telah mendapat lebih daripada 10,000 retweets manakala likes pula melebihi 12,000 like.
Dengan membahasakan dirinya dengan panggilan ‘Abah’ pada kapsyen telah membuatkan ramai netizen yang berasa lebih dekat dengan beliau sehingga ada yang meninggalkan komen dengan memanggil KJ dengan gelaran abah.
Lucu betul bila membaca komen-komen daripada pengikut KJ ini. Ramai pula yang memanggilnya abah.
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI