Uncategorized

Khai Bahar Ingin Cuba Dunia Lakonan, Tapi Tunggu Green Light

Share

MH lihat dah jadi satu ‘trend’ di Malaysia bila penyanyi nak jadi pelakon ni, tapi kadang-kadang pandai pula mereka berlakon.

Mungkin ingin mengembangkan bakat yang ada, penyanyi lagu ‘Bayang’, Khai Bahar ada meluahkan hasrat untuk berlakon namun belum dapat lampu hijau oleh syarikat pengurusannya.

“Sebelum ini, saya pernah beritahu macam tak bersedia untuk bergelar pelakon. Tapi sekarang, saya fikir, apa salahnya mencuba.

“Namun, selepas dikaji, semuanya bergantung kepada jadual nyanyian dan pihak pengurusan NAR Records. Setakat ini, belum ada keputusan muktamad.

“Mereka ada meminta saya tangguhkan dulu,” katanya kepada BH Online.

MH dapat tahu Khai tergerak hati untuk mencuba bidang lakonan kononnya selepas Siti Nordiana memujuk dia untuk berlakon dalam drama adaptasi novel, Klik! Pengantin Musim Salju arahan Michael Ang.

Dikatakan, Khai ingin muncul sebagai watak cameo dalam drama tersebut tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang kan? Mungkin Khai dah boleh mula ‘practise’ berlakon depan cermin?

Dalam pada itu, Khai juga menambah bahawa jika ada kelapangan, dia ingin mencuba bidang lakonan tersebut.

“Saya tidaklah berbakat berlakon tapi boleh cabar diri. Saya boleh belajar dan asah bakat. Selama ini, saya hanya tahu menyanyi saja.

“Kalau boleh, saya juga tertarik untuk berlakon dalam naskhah bercorak ketuhanan atau keagamaan,” katanya lagi.

Bagi MH, kalau Khai rasa yakin dengan kebolehan diri untuk berlakon apa salahnya ‘go for it’ selagi belum cuba kita tak kan tahu kemampuan diri sendiri kan?

Sementara itu, Khai juga akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Ahad ini. MH ucapkan selamat maju jaya buatnya.

Sumber: BH Online

IKLAN