Penghibur, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menafikan dia sudah bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran dan kritikan selepas mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam industri seni.

Memulakan kerjaya nyanyian sepenuhnya pada usia belasan tahun, Siti yang mesra disapa Tok Ti menjawab perkara tersebut selepas ditanya Ustazah Asma’ Harin apakah amalam atau tip yang digunakan setiap kali menghadapi ujian.

“Apa yang saya pegang daripada dulu bila jadi anak seni kan ustazah, kita secara tak langsung ‘membenarkan’, dedahkan diri kita ni dengan macam-macam dugaan dan cabaran.

“Masa itu, saya sudah bersedia. Dalam erti kata ketika umur 16, 17 tahun bersedia dalam umur macam tulah. Ada masa kita rasa sedih, ada masa rasa down sangat. Ada masa kita pun menangis.

“Memang saya akuilah sepanjang jadi artis ada masa saya give up ustazah. Rasa macam dah la taknak dah menyanyi. Tapi saya fikirkan balik, muhasabah diri sebab ini adalah perjalanan yang saya pilih,” katanya.

IKLAN

Perkongsian tersebut dibuat Siti menerusi sesi live dan kemudiannya dikongsikan kembali di platform TikTok.

Siti juga optimis untuk menggunakan pengaruhnya ke arah kebaikan.

“Nawaitu saya lebih daripada menjadi seorang anak senilah. Dalam masa yang sama, saya rasa plaform sebagai anak seni atau menjadi orang dikenali ni banyak benda kebaikan yang kita boleh buat.

IKLAN

“Sebab itu saya tidak mahu hanya menyanyi sajalah. Kalau boleh dekat dengan masyarakat. Allah bagi saya rezeki berjumpa dengan ramai orang tak kira latar belakang.

“Jadi bila ada dugaan itu, apa yang saya lakukan adalah bertanya dengan diri sendiri semula. Saya kena jadi orang yang sabar. Bila datang fitnah tu, kita tak buat pun orang kata kita buat,” katanya lagi.

IKLAN

Siti pada masa sama akui ada masanya dia berdoa dan mengadu kepadaNya setiap kali wujud perasaan ‘down’ di dalam diri.

Ikuti perkongsian panjangnya di sini;

@orang.pahang Luahan Siti bersama Ustazah Asma’ Harun @toktitiktok #viral #fypシ゚viral #sitinurhaliza ♬ original sound – ❤ Si Dagu Lekuk ❤ – ꧁𝓞𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓟𝓪𝓱𝓪𝓷𝓰꧂

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI