“Kesukaan Anak-Anak…,”- Keluarga Bahagia, Tomok Isi Masa Di Zoo Negara

Share

Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba musim cuti sekolah, ibu bapa pasti akan meluangkan masa bersama anak tidak kira bergelar selebriti atau tidak.

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Tomok ada berkongsi cerita tentang kisah anaknya di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail dia telah meluangkan masa aktiviti bersama anaknya di Zoo Negara.

“kesukaan anak-anak bila dapat pegi sini…haiwan-haiwan pun nampak sihat-sihat

“tempat di jaga baik…ada peningkatan dari segi kebersihan dan sebagainya..staff pun friendly. Tahniah team zoo negara!! #zoonegara,” tulisnya.

Tomok mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Ayu pada tahun 2011 dan dikurnia dua orang cahaya mata, Arrianshah Akid,7, dan Andrashah Iman, 5.

Foto: Instagram Tomok

IKLAN