Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman diakui sebagai mentor bisnes yang terbukti telah melahirkan ramai usahawan berjaya.
Pandangan tersebut dibuat pelakon, Norman Hakim yang sebelum ini pernah mendapatkan latihan dan bimbingan dalam program yang dianjurkan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) pada 2016 lagi.
“Saya mengikuti program RichWorks iaitu Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang mana mengajar banyak tentang aspek asas kehidupan malah soal kerohanian diri ini.
“Kemudian saya menyertai Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang mengajar tentang soal pemasaran dan penjenamaan sesebuah bisnes itu untuk berkembang,” katanya.
Ia sekaligus mengulas dakwaan segelintir orang yang mempersoalkan Dr Azizan serta isu dikaitkan dengan scammer dan hanya jual air liur demi meraih keuntungan.
Terdahulu Norman dalam akaun Instagram miliknya turut meninggalkan komen dalam hantaran yang dibuat Dr Azizan dua hari lalu.
Ads
Norman menjelaskan, sebelum ini dia ada menjalankan kolaborasi dengan pihak lain namun ketika awal 2020, dirinya bersama isteri yang juga pelakon Memey Suhaiza mengasaskan bisnes mereka berdua berbekalkan ilmu Dr Azizan yang ada sebelum ini.
“Saya suka kongsikan analogi ‘fitness’ yang menjadi passion saya dengan bisnes di mana saya mencari guru yang terbaik untuk mendapatkan ‘rahsia’ dapatkan badan yang diimpikan.
“Daripada ambil masa tiga ke enam bulan untuk alami perubahan dengan bimbingan guru, saya ketahui cara lebih pantas capai contohnya ‘8 packs’ dalam 8 minggu saja walau apa yang orang makan,” jelasnya lagi.
Ads
Begitulah seperti dalam bisnes, Norman memberitahu, usahawan yang komited pastinya mahukan guru yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang disasarkan termasuk membina bisnes berjaya.
“Kesimpulan yang saya boleh katakan, bila anda berguru barulah akan dapat hasil lebih cepat. Datuk Wira Dr Azizan Osman memang ada proven results,” katanya lagi.
Semalam, salah seorang anak murid Dr Azizan, Asyraf Khalid tampil bersuara bagi mengulas tentang peranan mentornya itu yang telah berjaya ubah bukan saja kehidupan, malah transformasi bisnes Mutyara Beauty yang dijalankan bersama isteri, Tya Arifin.
Ads
Penjelasan yang dilakukan menerusi Instagram itu turut mendapat reaksi pelbagai dari kalangan pengikutnya.
Umum sedia maklum mengenai masalah kesihatan yang dihidapi pelakon dan penyanyi terkenal dari Indonesia ini. Marshanda atau dikenali dengan nama manjanya, Caca menghidap bipolar sekian lama dan beberapa bulan lalu dia disahkan menghidap kanser payudara.
Baru-baru ini Marshanda telah dilaporkan hilang oleh rakannya, Sheila Salsabila dan perkara itu menimbulkan kerisauan ramai lantaran penyakit yang dihidapinya. Walaupun begitu, khabar tersebut dengan segera dinafikan oleh keluarga Marshanda.
Adiknya, Alyssa Ramdhani dalam satu pertemuan secara atas talian bersama media yang juga disertai oleh ibunya, Riyanti Sofyan menyangkal keras perkhabaran bahawa kakaknya hilang di Los Angeles. Sebaliknya dia memberi penerangan bahawa keadaan kakaknya baik-baik sahaja dan tidak perlu dirisaukan.
“Kami sebagai keluarga Marshanda ingin menjelaskan bahawa berita yang beredar di media massa pada 27 Jun adalah tidak benar. Kami ingin memberitahu bahawa Marshanda ketika ini baik-baik sahaja dan tidak menghilang, bahkan kami keluarga masih berkomunikasi dengannya sehingga kini,” ujar Alyssa.
Menambah lagi perkembangan terkini mengenai kakaknya itu, Alyssa juga berkongsi yang Marshanda ke Los Angeles untuk mendapatkan perawatan penyakit bipolar secara lebih sihat tanpa perlu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan.
Jelasnya,“Dia sedang menjalani proses healing trip di Amerika Syarikat. Pihak keluarga juga dibantu oleh Konsulat General Republik Indonesia di Los Angeles dan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Amerika Syarikat untuk menguruskan berita yang tidak benar saat ini.”
Selain adiknya, ibu Marshanda, Riyanti Sofyan turut menitipkan kata-kata saat bertemu pihak media. Kongsinya, “Marshanda itu orang yang penuh cita, selain itu dia sangat pintar. Dia punya hati yang sangat baik, melihat sokongan teman-teman di media sosial, saya dan keluarga bersyukur bahawa Marshanda dikelilingi banyak teman dan peminat yang sayang dan peduli dengan keadaannya.”
Marshanda yang merupakan anak sulung dalam keluarga pernah berkahwin dengan Ben Kasyafani pada 2011 sebelum bercerai pada tahun 2014. Hasil perhubungan itu dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi.
Berita duka dan mengejutkan itu dikongsikan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sementara itu, memetik Boom!, rakan seperjuangannya di GV8, Ani Maiyuni ketika dihubungi menjelaskan, arwah yang berusia 52 tahun itu difahamkan telah lama menderita penyakit kanser.
“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
“Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya.
Berita selanjutnya menyusul.
Minggu lalu, nama Allahyarhamah meraih perhatian apabila foto terbarunya tular dengan penampilan fizikal yang agak susut.
Bagaimanapun, menerusi temu bual, Adibah dipetik memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat sejak Ramadan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi keterujaan mendapat anak buah baharu, pelakon Fasha Sandha mendedahkan nama anak perempuan adiknya, Elisya Sandha iaitu Bunga Elhaq.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha, 38, turut mengucapkan tahniah buat Elisya, suaminya, Uzair Haqimy serta ibu mentua adiknya iaitu penerbit dan pelakon, Sheila Rusly.
“Syukur alhamdulillah. Tahniah Uzair Haqimy dan adik saya Elisya. Syukur, allahuakbar cantiknya ‘baby’ Bunga El Haq. Selamat datang ke dunia sayang ibu.
“Cantik dan sihat baby Bunga. Syukur, selamat berpantang Elisya. Tahniah Nana Sheila Rusly, nani Mama Sandha dapat cucu. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...