Baru-baru ini, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sebak di platform media sosial kerana mengenangkan nasib mangsa perang di bumi Palestin.
Bagaimanapun, luahan itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak yang merasakan Siti seperti sengaja ingin meraih perhatian agar orang ramai tahu mengenai usahanya bersama Yayasan Nurjiwa.
Mengulas mengenai isu tersebut, Siti menyifatkan orang luar mungkin tidak mengerti perasaan itu kerana mereka tidak terlibat secara dekat.
“Tak baik cakap macam itu. Hanya Allah yang tahu niat saya. Dahulu, mungkin kita tidak terasa sangat tapi bila sudah terlibat secara langsung, saya turut terkesan.
“Saya punyai keluarga dan anak-anak yang belajar di Sekolah Aafiya/Afwa di sana.
“Orang lain mungkin tak rasa kerana hal itu tidak masuk dalam kepala mereka tapi ia tersimpan di dalam fikiran saya.
“Setiap hari saya tertanya-tanya sama ada wakil saya, Dr. Mohanad selamat atau tidak di sana. Saya takut dia dibom,” katanya kepada MH.
Siti berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Perihatin yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, naluri seorang ibu juga membuatkan hatinya sangat sensitif.
Ads
“Kebanyakkan yang menjadi mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Perkara seperti itu yang tak mampu saya lihat.
“Bila lihat anak-anak kecil, saya teringat Aafiya dan Afwa. Saya terbayang bagaimana jika mereka yang berada di sana. Saya ini seorang yang cepat menangis bila bab anak,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Anta Permana ini menyifatkan inisiatif misi bantuan di Gaza ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar.
“Saya terlalu bersyukur kerana dalam ramai-ramai orang, Allah beri peluang kepada Yayasan Nurjiwa. Allah seperti memilih saya dan suami.
Ads
“Orang lain mungkin nak buat tapi saya dapat berurusan secara terus bersama masyarakat Gaza itu sendiri.
“Tak sangka kita dapat agihkan bantuan kepada lebih 10,000 orang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Siti juga enggan memberikan perhatian terhadap mana-mana pihak yang cuba melemparkan komen-komen negatif.
“Terpulanglah apa orang nak cakap. Tak perlu saya membalas kembali. Apa yang saya keluarkan itu adalah ikhlas daripada apa yang saya rasa.
“Saya rasa, memang itu sahaja kerja mereka. Biarlah mereka buat kerja mereka dan saya buat kerja saya.
“Saya kesian juga pada mereka. Ibarat mereka seperti tiada kerja,” ulasnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Siti turut menyangkal dakwaan ini sengaja dicetuskan oleh kumpulan peminat artis lain yang iri hati dengan dirinya.
“Kalau boleh, saya tak nak fikir yang hal ni sengaja dicetuskan oleh mana-mana pihak. Pada saya, ia kesilapan individu dan dia punyai masalah peribadi.
“Saya berdoa agar Allah memberikan hidayah. Saya rasa dia tahu fitnah yang dilakukannya itu lebih teruk daripada membunuh.
“Saya cuba elak untuk memberikan publisiti pada orang sebegini. Buang masa sahaja.
“Pada saya, peminat saya dan rakyat Malaysia bijak. Kalau mereka melihat perkara yang tak masuk di akal, mereka abaikan sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, dalam majlis ini juga, Siti bersama Yayasan Perihatin turut
meraikan para anak yatim, ibu tunggal, artis dan wartawan veteran.
Mereka ini turut menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan asas buat anak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian menerusi Instagram abang ipar kepada Che Puan Juliana Evans, Tengku Salehuddin Ismail Shah ada memaklumkan nama permata hati kepada bintang berkenaan dan suami, iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin Shah.
Selain nama, Tengku Salehuddin juga turut berkongsi wajah anak perempuan sulung pelakon Kami The Movie itu.
“Alhamdulillah, this my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah. Congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #mily,” kongsinya.
Sering bergandingan dengan pelakon berstatus suami orang, pelakon Sophia Albarakbah berkata kadang-kala timbul kerisauan untuk melakonkan adegan romantik dengan pasangan ‘on-screen’-nya.
Namun begitu, Sophia mengakui beruntung kerana kesemua isteri kepada rakan aktornya itu memahami tuntutan kerjaya suami masing-masing.
“Memang ada perasaan risau sebab kita sebagai wanita, kalau suami kita berlakon dengan perempuan lain mesti kita akan ada perasaan cemburu itu.
“Sebagai perempuan, saya bertanya juga, dia okay ke saya berlakon dengan suami dia, dia (akan) attack saya tak, saya rasa takut-takut sikit (pada mulanya).
“Tapi semua isteri pelakon yang saya pernah bekerja, isteri mereka sangat memahami tuntutan kerja suami, jadi tiada masalah buat saya,” katanya kepada MH.
Sophia ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri terbaharu lakonannya, Cinta Hilang Kata yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menerusi naskhah terbitan Country & Universal Sdn. Bhd itu, Sophia sekali lagi digandingkan dengan pelakon berstatus suami orang iaitu, Shahz Jaszle.
Bercerita mengenai pengalamannya berlakon dengan Shahz, Sophia turut memuji isteri aktor itu yang sangat memahami kerjaya suaminya.
“Saya kenal dengan isteri Shahz, Hanis jadi tidak timbul masalah untuk bekerja dengan Shahz Jaszle.
“Malah, Hanis sendiri yang akan masukkan apa-apa promo berkaitan drama ini ke dalam media sosial suaminya,” ujarnya lagi.
Selain Shahz, Sophia sebelum ini pernah bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz, Fattah Amin dan Datuk Adi Putra.
Sementara itu, drama Cinnta Hilang Kata akan memulakan tayangannya pada 18 Julai ini di saluran Astro Prima (105), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Drama arahan Kyoll Hamzah itu menampilkan gandingan Sophia, Shahz Jaszle, Nelissa Nizam, Iqram Dinzly, Hariz Hamdan dan Liza Abdullah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sophia Albarakbah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam satu taklimat pada Khamis, mengesahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian pesawat penumpang milik American Airlines (AAL) yang bertembung di udara dengan sebuah helikopter tentera.
Seramai 64 orang, termasuk penumpang dan anak kapal pesawat, serta tiga anggota tentera di dalam helikopter, telah terkorban.
“Ini adalah malam yang gelap dan menyakitkan dalam sejarah negara kita. Ia adalah satu tragedi yang amat dahsyat. Sebagai satu negara, kita berkabung atas kehilangan setiap nyawa yang terjadi secara tiba-tiba ini,” Ucap presiden AS ke-47 itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif American Airlines, Robert Isom, turut menyatakan kesedihan syarikat penerbangan itu terhadap insiden malang yang berlaku.
Pesawat yang terlibat adalah sebuah Bombardier CRJ700 yang dikendalikan oleh PSA Airlines, anak syarikat American Airlines.
Imbas kembali, pesawat dengan nombor penerbangan 5342 itu sedang dalam penerbangan dari Wichita, Kansas, ke Washington, D.C., sebelum bertembung dengan sebuah helikopter Sikorsky H-60 sekitar jam 9 malam, menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
Pesawat Bombardier CRJ700 ini tidak mempunyai sejarah masalah teknikal dan sering digunakan untuk penerbangan jarak dekat.
Menurut beberapa laporan media, pesawat tersebut membawa sekumpulan atlet luncur ais, jurulatih mereka, serta ahli keluarga yang sedang dalam perjalanan ke ibu negara.
++Untuk berita terkini serta hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Atikah Suhaime tampil membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa ibunya itu tidak peka dengan keadaannya yang sedang berpantang gara-gara menyediakan asam pedas ikan pari.