“Kesian Dengar Suara Isteri, Suara Suami Keras,” – Rabak Hati Khiriah Terdengar Pasangan Bergaduh Di Kawasan Perumahan

Sebak dan sedih atas pelbagai konflik rumah tangga yang berlaku di sekeliling, pelakon versatil, Noorkhiriah ada berkongsi pengalaman berdepan dengan pasangan suami isteri yang bergaduh gara-gara tiada lagi persefahaman.

Difahamkan, pelakon tersebut terdengar mengenai pergaduhan yang berlaku seless melalui sebuah taman perumahan.

Pelakon Nur ini seperti yang dipetik menerusi entri terkininya di Instagram memaklumkan, dia turut rasa simpati apabila mendengar suara si isteri terlibat, meski tidak mengenali individu yang dimaksudkan.

“Hari ini hati akak rabak..dgr pasangan bgado.. siannya dgr suara isteri dia..wpun tk kenal,kbetulan lalu area situ tadi..area perumahan,anak akk tnya nape tu mama

IKLAN

“Suami suara keras,sedih weh..idup berumahtangga bkn seindah bcinta bila bgado..gado pujuk2x..dah kawin,mula2 pujuk llama makan penumbuk.

“Setan mmg nak hancurkan apa saja..kuatlah demi diri sendri @ anak..btahanlah..andai mampu,tp seyes hati akak rabak..sedih..moga setel baik2 ye,wpun ntah ssapa,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang ini turut mengharapkan yang terbaik buat pasangan berkenaan.

“Akak doakan korg baiklah semula..sian mak ayah tkpun rugi kenduri memahai,pelamin dah sedondon dgn baju kawin.

“Kalau sudahnya koyak cmtu je..utk bertahan makan tahun,utk runtuh sekelip mata,” tulisnya lagi lalu disambut dengan pelbagai komen pengguna media sosial.

IKLAN

Rata-ratanya turut bersimpati dengan situasi yang menimpa pasangan terbabit.

Foto: Instagram Noorkhiriah/Carian Google