“Kesian Dekat Anak Lelaki Tu, Rambut Macam Perempuan,”- Ada Yang Kurang Senang Lihat Penampilan Anak, Ini Respon Padu Amar Baharin Buat…

Share

Pelakon, Amar Baharin ada memuat naik foto terkini bersama seluruh ahli keluarganya di laman Instagram.

Foto tersebut bagaimanapun mengundang kritikan daripada seorang individu yang dikatakan kurang senang melihat gaya rambut anak lelakinya, Aqeef Anaqi.

Menurut individu berkenaan, rambut Anaqi sepatutnya harus dipotong agar kelihatan lebih kemas dan tidak menyerupai perempuan.

“Potonglah rambut anak lelaki. Lebih kemas dan lebih sesuai untuk anak itu.

“Kesian dekat anak lelaki tu rambut macam perempuan. Kesianlah dekat anak tu,” tulisnya.

Enggan melatah, suami kepada pelakon, Amyra Rosli ini sebaliknya menjelaskan keputusannya untuk membiarkan rambut anaknya itu adalah untuk mengajarnya sedikit sebanyak mengenai sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Jelas Amar lagi, sekiranya kita banyak bercerita mengenai keperibadian Rasulullah, besar kemungkinan anak-anak kita juga bakal mengikut jejak langkah baginda.

“Awak tak perlu kesian kat anak saya. Bila dia tanya, saya cerita sirah Nabi. Pernah rambut panjang, pernah botak. Jangan lupa cerita juga sunnah-sunnah nabi pada anak-anak. Insyaallah dia membesar jadi anak soleh/solehah ahli sunnah.

“Saya doakan awak amin. Jangan kesiankan Nabi pulak ye. Nabi itu kita jadikan ikutan dan panduan. Insyaallah semoga bermanfaat,” jawabnya tenang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mempertahan tindakan Amar selain turut memuji wajah comel anak tersebut.

Selain Anaqi, Amar dan Amyra juga memiliki seorang lagi anak perempuan yang diberi nama Arya Aryssa.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 11 November 2016.

Sumber: Instagram Amar Baharin

IKLAN