Pemergian Ustaz Ismail Kamus, pendakwah terkenal merupakan satu kehilangan yang cukup besar kepada umat Islam.
Lalu hos dan pelakon, Diana Amir menerusi laman Instagram berkongsi kata-kata yang cukup sebakkan dada.
Entri yang diulangsiar itu menyatakan antara tanda-tanda kiamat ialah ramai ulama meninggal dunia tetapi tiada pelapis.
Ads
Malah ulama besar di Malaysia antaranya Nik Aziz, Harun Din dan terbaru Ismail Kamus telah pergi mengadap Pencipta, dan ketiga-tiganya meninggal dunia pada hari Jumaat.
“@Repost @mohdizharariff_official Kesemua GURU kita telah TIADA. Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas roh mereka. Al-Fatihah.
Ads
“Antara tanda2 KIAMAT, ramai ULAMA meninggal dunia tetapi TIADA PELAPIS,” kongsinya.
Terdahulu, pendakwah terkenal dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Foto : Instagram Diana Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Majoriti netizen turut menyifatkan pengorbanan hampir tujuh minggu golongan berkenaan seolah-olah sia-sia.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei.
Perkara itu juga tertakluk kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Foto : Instagram Fakhrul Unic
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ada berkongsi kisah saat pertama kali bertemu dengan isterinya yang juga merupakan bekas pemain perseorangan wanita negara, Datin Wong Mew Choo.
Menurut Chong Wei, dia bertemu dengan isterinya itu buat pertama kali ketika menyertai satu pertandingan badminton peringkat kebangsaan sewaktu usianya 15 tahun.
“A long long time ago,there was this budak mentah kurus kering, umur 15 tahun, naik bus from Penang to KL for badminton competition.
“Penuh semangat to prove his worth, trying to barge his way into the national team set up.
“Little he knew in his first outing, he could only enter for mix double category, not his favored single category,” tulisnya.
Tambah bekas pemain nombor satu dunia itu lagi, mindanya pada ketika itu hanyalah tertumpu untuk memenangi pertandingan tersebut dan tidak akan menghiraukan perkara lain.
“Nevertheless, he was so pumped up to do well.
“Entering the hall to warm up, he was really focus.Eyes only on the title. Nothing else.
“Dlm otak nak menang jer, taktik lawan, strategi, wind draft, hall conditions, court sebelah maner lagi “Ong”, dan pesanan motivasi coach,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Chong Wei memberi tahu, tumpuannya pada ketika itu sedikit terjejas saat melihat seorang gadis berusia 14 sedang memasuki gelanggang.
“Hell, all those mental preparation went masok longkang when he saw a 14 years old girl wakil Selangor.
“Cara dia jalan masok court, stretching, warm up. So elegant, so pretty! Lemah terus lutut itu budak Penang.
“Nak mintak phone number but she was well protected by her sister and parents,” tambahnya lagi.
Terpegun melihat kecantikan gadis tersebut, Chong Wei memutuskan untuk memenangi setiap berlawan dengan bergaya bagi menarik perhatian Mew Choo pada ketika itu.
“He figured, the only way to win her attention was to win on court.
“In that competition, every smash, drop, dive, chop performed were to impress her and everytime he scores his eyes curi-curi scanned around hoping she was watching.
Kisah romantis tersebut dikongsikan Chong Wei bersempena dengan hari lahir isterinya yang ke-37 tahun.
“The budak mentah is me, the angel in court of course is my wife Mew Choo.
“Happy birthday my dereast wife, my definition of perfection.
“I’m just so blessed to know you and be with you every since.
“To many birthdays to come. Thanks for everything,” konsinya di ruangan Instagram.
Pemenang pingat perak Olimpik 2008, 2012 dan 2016 itu mendirikan rumah tangga bersama ratu badminton negara itu pada 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram Lee Chong Wei
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berkongsi kisah lucu perbualannya bersama bapa mertua, Datuk Seri Ismail Sabri.
Memuji penampilan kacak Menteri Kanan (Keselamatan) itu saat mengenakan baju Melayu berwarna tanah, namun lain pula jawapan balas dari bapa mertua.
Jelas Ismail Sabri, walau kacak bagaimanapun imej yang ditonjolkan, pasti netizen akan samakanbya dengan menu makanan atau hidangan.
Oleh kerana bajunya berwarna tanah, pasti netizen akan mengatakannya ia seolah-olah seperti air Horlick!
“Cerita pagi ni;
Me : Okay handsome dah tu pa,
DSIS : Huh! Handsome macam mana pun diaorg katanya baju papa macam air Horlick karang 😅
Me : Nasib.. nasib pa
@ismailsabri60 decked in @jovianrtw Baju Melayu,” kongsinya.
Di ruang komen, netizen turut berseloroh menyamakan baju yang dipakai Menteri kabinet itu dengan pelbagai jenis hidangan lain.
Antaranya Puding Karamel dan Susu Kurma. Malah memuji sikap sporting yang ditunjukkan ahli politik itu.
Terdahulu, imej Menteri Kanan itu menjadi perhatian apabila setiap hari tampil dengan pelbagai rekaan warna warni sehingga netizen membandingkannya dengan hidangan kuih muih popular di Malaysia.
Foto : Instagram Jovian Mandagie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.