Kesan Cerai Isteri Hamil, Giliran PU Rahmat Bagi Penjelasan. Ini Katanya…

Share

Selepas Pencetus Ummah (PU) Amin memberikan pendapatnya mengenai isu keretakan rumah tangga sahabatnya, PU Abu, kini giliran PU Rahmat pula. 

Rahmat atau nama penuhnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan baru-baru ini telah memuat naik status di Twitternya berhubung isu berkenaan.

Malah, menurut Rahmat yang meraih tempat keempat dalam program realiti Pencetus Ummah Musim Pertama menegaskan bahawa faktor lain boleh memberi kesan yang memudaratkan buat si isteri dan anak.

Terdahulu, PU Abu didakwa telah menceraikan isterinya, Aini Afini menerusi aplikasi Whatsapp 13 Mac lalu dan dikatakan berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda.

Lebih sedih, bekas isterinya kini sarat mengandung tujuh bulan. 

Bagaimanapun, Abu menjelaskan bahawa dia mempunyai alasan sendiri berhubung isu berkenaan. 

Sumber : Twitter PU Rahmat 

IKLAN