Kes Positif Covid-19 Naik, Mila Jirin Rasa Bimbang – “Ada Yang Degil, Kami Rakyat Semua Risau,”

Share

Peningkatan semasa pandemik Covid-19 di negara ini menimbulkan kebimbangan ramai orang apabila kes positif jangkitan itu kembali meningkat kepada 150 kes pada Ahad.

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin misalnya ada meluahkan rasa bimbang jika kes positif wabak terus meningkat.

Lalu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini turut memberi nasihat agar individu yang diwajibkan menjalani tempoh kuarantin untuk mematuhi arahan pihak kerajaan.

“Minta semuanya dikuarantin di pusat kuarantin baru benarkan pulang ke rumah. Risau ada yang DEGIL dan TIDAK IKUT ARAHAN,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyarankan pihak kerajaan agar melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di seluruh negara.

“Jika pihak kerajaan dapat arahkan PKPD sementara, Itu antara yang terbaik….kami rakyat sangat RISAU…..@mkn_rasmi @kkakmm_gov,” jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan bintang berusia 32 tahun itu.

Foto: Instagram Mila Jirin

IKLAN