Aduh kecewa MH bila dapat tahu keropok udang sedang yang sering dibeli di RnR ‘pengubat’ mengantuk dan kebosanan ketika memandu itu tidak halal!

Menurut laporan Sinar Harian baru-baru ini, pihak berkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak telah menyerbu permis menggoreng dan membungkus keropok udang di Lawan Kuda, Gopeng kerana menggunakan logo halal yang meragukan dan tidak membuat apa-apa permohonan sijil halal atau mendapatkan pengesahan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khalil, kegiatan ini dapat dihidu dan terbongkar apabila mendapat aduan daripada orang ramai yang membawa kepada pemeriksaan bersama Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) di permis tebabti.

IKLAN

Dari hasil siasatan mendapati peniagaan tersebut telah dijalankan kira-kira 2 tahun yang lalu dan memperolehi keropok mentah dari Indonesia.

“Kita telah mengambil keterangan daripada pemilik syarikat berusia 58 tahun itu dan siasatan awal mendapati, logo halal berkenaan diletakkan begitu sahaja tanpa sebarang permohonan atau pengesahan jabatan agama.

 

“Syarikat itu beroperasi secara sah, bahan mentah keropok berkenaan dibawa masuk dari Indonesia, dihasilkan dan dibungkus oleh syarikat itu di sini, buat masa ini kita dimaklumkan ia hanya dipasarkan di Perak, namun siasatan lanjut akan dilakukan.

 

“Untuk tujuan itu, KPDNKK telah menyita 396 unit keropok siap dibungkus dan 1,600 plastik pembungkusan mempunyai perkataan halal dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1,786,” katanya pada sidang media di Pejabat KPDNKK Perak, hari ini.

Beliau berkata, lelaki yang mengaku pemilik syarikat itu ditahan untuk diambil keterangan bagi siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

IKLAN

SUMBER: Sinar Harian

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI