Baru-baru ini sebuah video luahan hati Uqasha tentang seorang gadis bertudung yang menunjukkan isyarat tumbuk padanya menjadi viral dan perbualan hangat netizen.

Menurut kenyataan Uqasha di dalam video tersebut gadis tersebut tidak melambangkan keperibadiannya yang membawa imej bertudung.

Difahamkan sewaktu kejadian Uqasha berada di sebuah stesyen minyak yang menghala ke Kelantan.

Uqasha terkejut kereta kena ‘pancung’?

IKLAN

Katanya, sewaktu dia ingin beredar dari tempat isi minyak, tiba-tiba ada sebuah kereta memintasnya menyebabkan dia brek secara mengejut.

Bukan sahaja terkejut dengan apa yang terjadi, malah Uqasha juga terkejut melihat respons pemandu tersebut yang telah menunjukkan isyarat penumbuk padanya.

IKLAN

Namun Uqasha agak kesal dengan kejadian tersebut kerana individu terbabit merupakan seorang gadis muslimah bertudung labuh dan dia sudah bersiap sedia dengan telefon bimbit untuk menviralkan pekara ini apabila melihat Uqasha turun daripada kereta dan merapati dirinya.

Tidak mahu disalah anggap dengan kejadian tersebut Uqasha telah memuat naik sebuah video berkongsi pengalaman dan cerita yang terjadi padanya.

IKLAN

“ Pagi tadi Sha on the way balik Kelantan, Sha stop di satu Petronas dan apabila habis isi minyak Sha ingin keluarkan kereta. There’s one car ‘pancung’ Sha secara mengejut so Sha pon break mengejut. Bila kita break mengejut kita tengoklah kereta kat depan tu, so perempuan tu pakai tudung labuh tunjuk penumbuk macam nak ajak gaduh.

“So Sha dengan niat yang baik nak turun kereta mintak maaf.  Tapi bila kita nak mintak maaf tu, dia ingat kita nak attack dia so dia cepat-cepat keluar hand phone kononnya nak viralkanlah kita ni nak datang attack dia. Padahal kita datang hanya ingin mintak maaf.

“Dia pakai tudung tau! Tolonglah perempuan-perempuan di luar sana, janganlah tunjuk gangster sangat. Kita kena respect each other dan beradab,” katanya dalam video yang telah dimuat naik ke Instagram.

Namun, sejak ia dimuat naik ramai netizen yang memberi respons negatif terhadap ceritanya kerana agak terasa dengan kenyataan Uqasha. Lebih lagi apabila Uqasha ada menyentuh soal tudung.

Menyedari posting tersebut telah menimbulkan kekecohan, Uqasha segera memadam video agar ia tidak berlanjutan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI