Uncategorized

Kereta Mewah Aliff Syukri, Disita JPJ Di Ambang 2018

Share

Terkejut MH apabila membaca laporan Harian Metro yang mengatakan kenderaan Rolls Royce milik Datuk Seri Aliff Syukri telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malam tadi.

Kereta mewah yang disewa oleh warganegara Australia itu disita kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Moto (LKM).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, selain disaman atas kesalahana berkenaan, ia turut disaman kerana nombor plat tyang tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi,” jelasnya.

Bagaimapun pengasas syarikat D’Herbs ini telah mengarahkan peguamnya menguruskan hal ini.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pihak pengurusannya kepada sebuah akhbar tempatan.

 

SUMBER: Harian Metro

IKLAN