“Kereta Kena Tarik Ke Kak?,” – Peminat Tanya Shiera Ijoy Gara-Gara Kongsi Video Naik Motor

Share

Pelakon dan pengacara senior, Sharifah Shahirah atau sinonim dengan sapaan Shiera Ijoy ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video, kelihatan Shiera dan suaminya sedang meluangkan masa bersama-sama dengan menaiki motorsikal bersama.

“@heykalhanifah bila nak ride ni… Jom ngan cik enjott @ejoyazari,” tulisnya.

Gara-gara berkongsi rakaman video tersebut, terdapat seorang individu yang bertanyakan kepada Shiera.

“Kereta kena tarik ke kak? Hee,” tulis individu berkenaan.

Dalam pada itu, peminat turut berasa terhibur dengan perkongsian pelakon 44 tahun itu.

Untuk rekod, Shiera telah mendirikan rumah tangga bersama Ijoy Azahari pada tahun 2003.

Video : Instagram Shiera Ijoy

IKLAN