Uncategorized

“Kereta Biadap, Kurang Ajar…,”- Sekali Lagi, Ifa Raziah Amuk Sebab…

Share

Penyanyi, Ifa Raziah berang apabila dia dan suaminya menjadi mangsa ‘langgar lari’ semalam.

Kongsinya menerusi satu video di laman Instagram, Ifa mendakwa bahawa kereta berkenaan telah melarikan diri selepas melanggar kereta mereka.

“Kereta Merc BED 1222 yg biadap kurang ajar melanggar kereta ifa dan terus melarikan diri seperti Penyamun.

“Kejadian berlaku sekitar jam 7.05 betul2 waktu Maghrib di Batu 3 Jalan Ipoh KL..

“Ketika itu ifa berada dgn suami & anak2 di dlm kereta otw balik ke rumah..

“Skrg suami ifa sedang membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar KL,”tulisnya.

Susulan itu, ramai netizen turut meluahkan kekesalan mereka terhadap insiden.

Alahai, malang tak berbau betul nasib Ifa, mujurlah tidak membahayakan. Apa-apapun, berhati-hati di jalan raya ya!

Foto/Instagram:Ifa Raziah

IKLAN