Kerana Sibuk Single Pertama Makhluk Penggoda, Sajat Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon Bersama Aaron Aziz

Wow terkejut MH ada terbaca perkembangan terkini Nur Sajat yang dikatakan telah menolak tawaran berlakon bersama Datuk Aaron Aziz dan Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie.

MH difahamkan Sajat telah ditawarkan untuk berlakon bersama kedua hero untuk filem Operasi X di mana beberapa barisan selebriti terkenal seperti Datuk Rosyam Nor dan Datuk Yusuf Haslam turut serta dalam pembikinan filem ini.

Melalui Harian Metro, Sajat ada memberitahu dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana mempunyai pelbagai komitmen bulan ini.

IKLAN

“Jujur saya memang berminat untuk membintangi filem itu, apatah lagi ia turut membariskan ramai pelakon nama besar dan hebat.

 

“Dalam tempoh itu banyak perkara yang perlu saya berikan perhatian termasuklah urusan hiasan dalaman dan juga kedai emas yang akan mula beroperasi pada awal Januari.

 

“Saya anggap rezeki tidak berpihak kepada saya walaupun waktu sama memang saya sangat berminat untuk beraksi di samping Awie dan Aaron. Saya tidak boleh tamak untuk melakukan semua perkara dalam satu masa kerana bimbang yang dikejar tak dapat dan dikendong berciciran,”” katanya.

Sajat juga memberitahu dia akan muncul dengan single solo pertamanya Makhluk Penggoda yang turut menampilkan rakan duetnya Abang Nak Tegur.

IKLAN

SUMBER: Harian Metro