Aduh MH tak tahu nak ketawa ataupun bersimpati dengan penyanyi Hollywood Dua Lipa yang menjadi mangsa Netizen Malaysia.

Tak sangka, kuat juga ya pengaruh netizen Malaysia sampaikan boleh buatkan penyanyi terkenal ini ‘mengalah’ dan mengikut rentak netizen.

Semua ini gara-gara ucapan hari jadi khas untuk Ayahnya di Instagram.

Semuanya seperti biasa dan tiada bezanya, namun keadaan menjadi tidak terkawal apabila Dua Lipa menggelarkan ayahny dengan panggilan ‘Babi’ yang membawa maksud ‘ayah’ dalam bahasa Albania.

IKLAN

Malangnya, panggilan itu telah membuatkan ramai netizen Malaysia tidak senang duduk dan membahannya di ruangan kapsyen sehingga penyanyi ini terpaksa mengantikan panggilan ‘babi’ itu kepada ‘dad’.

Kerana Netizen Malaysia, Dua Lipa Terpaksa Tukar Kapsyen!

IKLAN

Kerana Netizen Malaysia, Dua Lipa Terpaksa Tukar Kapsyen!

IKLAN

Aduh kasihan sungguh! Tak sangka netizen Malaysia ni bukan sahaja concern dengan selebriti tempatan, malah selebriti luar negara juga ‘dijaga’ oleh mereka.

Aduh lucu pula, tak pasal-pasal Dua Lipa terpaksa edit kapsyennya mengikut cita rasa netizen Malaysia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI