“Kerana Midnight, Tailong Pun Jadi Lembut Hati,” – Kucing Dah Dijumpai, Hati Rosyam Nor Tak Sedih Lagi

Share

Pelakon popular tanah air, Datuk Rosyam Nor menzahirkan rasa syukur selepas kucing kesayangannya yang hilang sejak dua minggu lalu akhirnya telah kembali kepangkuannya.

Menurut Rosyam, kucingnya yang diberi nama Midnight itu telah dijumpai oleh seorang wanita yang telah membantu untuk menjaganya selama dua minggu ini.

Dia juga berterima kasih kepada seorang individu yang telah berusaha untuk menghubunginya untuk memulangkan semula kucingnya itu.

“Dah Jumpa! Dua minggu menghilang. Midnight kucing saya dah kembali ke pangkuan keluarga.

“Alhamdullilah Terima kasih kerana Viralkan Kucing Saya Hilang

“Terimakasih Saudara Wann kerana bersusah payah mencari no saya melalui @finasmalaysia

“Terimakasih Datin Dr Rozana kerana sudi menjaga dan memberi makan pada Midnight,” tulisnya di Instagram.

Dikesempatan itu juga, pelakon filem, KL Gangster 2 ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyebar luaskan lagi mengenai berita kehilangan kucingnya itu.

Tambahnya lagi, hatinya juga sudah tidak sedih lagi selepas kembalinya kucing kesayangannya itu.

“Terimakasih juga pada semua yg mendoakan. TERIMAKASIH ALLAH. Hilang Sedih selama 2 minggu,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut tumpang gembira mendengar perkongsian daripada Rosyam itu.

“Alhamdulillah, jumpa juga. Saya pun pernah hilang kucing. Sedih dia jangan cakap la.

“Alhamdulillah, Midnight pun happy. Berguling-guling bersama tuannya.

“Syukur Alhamdulillah Midnight dah dijumpai.

“Kerana Midnight seekor, Tailong pun jadi lembut hati,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, Rosyam ada menguar-uarkan mengenai kehilangan kucing kesayangannya itu di seluruh platform media sosial.

Malah, bintang ini juga turut menawarkan ganjaran sebanyak sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai kucingnya itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber : Instagram Rosyam Nor

IKLAN