Gara-gara menjemput Izreen Azminda sebagai salah seorang tetamu di program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly mendapat pelbagai reaksi netizen dan dikecam.

Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini nama Izreen sering dikaitkan dengan isu kontroversi yang tercetus kerana perkahwinannya bersama seorang pemuzik bebas bernama Ude.

Selain berstatus isteri kedua, ramai peminatnya marah serta menganggap Izreen sebagai individu yang ‘kejam’ kerana merampas dan meruntuhkan kebahagiaan orang lain.

Api kemarahan semakin membuak-buak apabila baru-baru ini, suami kepada pelakon ini telah melafazkan cerai kepada madunya.

IKLAN

Mungkin kerana kontroversi ini, producer serta pengacara program KKR ini telah menjemputnya untuk menyertai program ini.

Namun, jemputannya itu tidak diterima ramai dan menganggap Sheila tidak seharusnya menjemput Izreen sebagai selebriti jemputan untuk minggu tersebut.

Kerana Jemput Izreen Di Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Terima Pelbagai Kecaman? Kerana Jemput Izreen Di Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Terima Pelbagai Kecaman? Kerana Jemput Izreen Di Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Terima Pelbagai Kecaman? Kerana Jemput Izreen Di Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Terima Pelbagai Kecaman? Kerana Jemput Izreen Di Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Terima Pelbagai Kecaman? Kerana Jemput Izreen Di Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Terima Pelbagai Kecaman?

IKLAN

Aduh, kasihan pula MH tengok sis Sheila kita, tak pasal-pasal hanya kerana artis jemputan dia pula yang terkena tempiasnya.

Bagaimanapun MH puji bagaimana Sheila memberi kata dua terhadap selebriti ini. Sheila menjelaskan kepedihan seseorang di dalam hati tiada siapa yang tahu.

IKLAN

Malah, Sheila mengingatkan kepada orang ramai untuk jangan mengeruhkan lagi keadaan simpati itu boleh tetapi jangan menghukum sampai mati.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI