MH tahu bukan mudah apabila berhadapan dengan situasi seperti apa yang Nisa Kay sedang lalui sekarang.

Gara-gara menari aksi mengoda di majlis pelancaran tudung Nealofar di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, nama Nisa Kay menjadi sebutan orang ramai.

Malah, ada juga yang mula melabelkannya dengan gelaran yang tidak sedap untuk di dengari.

Kerana Isu Menari Menggoda, Nisa Kay Tutup Ruangan Komen & Belajar Dari Kesilapan!

Aduh kasihan betul!

IKLAN

Namun baru-baru ini melalui Berita Harian, Nisa telah memberi kenyataan dan sedar segala impak yang bakal dihadapinya kerana isu menari itu.

Menurut Nisa, dia juga akur andai kata segala kempen yang dilakukanya di media sosial ditarik balik kerana kontroversi yang timbul dia tetap yakin rezeki boleh didapati di mana-mana selagi adanya doa dan usaha.

“Alhamdulillah, saya tetap kuat selepas membaca pelbagai kecaman. Saya mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak membalas komen mereka kerana itulah yang terbaik.

 

“Saya belajar untuk tidak melayani mereka. Masing-masing akan kecam sehinggalah kita membalas komen itu. Mujur, ibu bapa saya berada di sisi walaupun mereka menegur perlakuan saya itu,” katanya kepada Berita Harian.

Kerana Isu Menari Menggoda, Nisa Kay Tutup Ruangan Komen & Belajar Dari Kesilapan!

IKLAN

Menurutnya lagi, segala apa yang terjadi ini akan dijadikan sebagai pengajaran paling besar dalam hidupnya serta usaha menjadi muslimah yang lebih baik.

Buat yang tidak tahu, Nisa Kay merupakan seorang personaliti Instagramers dan popular di media sosial. Dia juga bergelar blogger dan kini merupakan seorang pengacara dan baru-baru ini ada mengacarakan program Anugerah Juara Lagu 32 After Party Rated Xtra.

IKLAN

Kerana Isu Menari Menggoda, Nisa Kay Tutup Ruangan Komen & Belajar Dari Kesilapan!

Bagi MH, pendekatan yang Nisa lakukan memang terbaik. Jangan melawan apatah lagi melayan komen-komen yang dilakukan.

MH percaya setiap orang melakukan kesilapan, namun kesilapan itu seharusnya dijadikan sebagai pengajaran hidup. MH harap selepas ini Nisa akan lebih berhati-hati lebih lagi Nisa sangat terkenal sebagai salah seorang influencer hijabi terkenal Malaysia. Jadi setiap perbuatan Nisa akan dipandang oleh orang sekeliling.

SUMBER : Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI