Fuh, bila sebut tentang hutang sahaja pasti meremang satu badan. Itu pun tak lah mencecah ribu-ribuan ringgit. Tiba-tiba MH terfikir,macam mana lah Datuk Seri Vida terpaksa lalui semua ini bukan?
MH percaya pasti ramai di antara kita tahu baru-baru ini pengasas produk kecantikan Vida Beauty, telah diarah untuk menyelesaikan bayaran cukai pendapatan yang dituntut oleh LHDN berjumlah lebih RM4.6 Juta bukan?
Melalui laporan sebuah portal hiburan, Vida menjelaskan kerana kekusutan semua ini, dia telah turun lima kilogram dalam masa 10 hari!
Katanya lagi, dia kini agak tertekan kerana menerima pelbagai ‘serangan’ bertubi dari kiri dan kanan yang melibatkan perniagaannya.
Bukan itu sahaja, Vida turut menjelaskan jiwanya agak kacau kerana ada sahaja pihak yang mencari kesalahannya.
Sungguh begitu, Vida akur dengan segala rintangan yang mendatang dan menganggap ia sebagai satu dugaan.
Dalam pada itu, Vida turut mengakui kali ini dia gagal mengawal tekanan dan sering berfikir-fikir tentang masalah yang mendatang.
“Jiwa saya kacau! Tetapi saya akur, inilah harga sebuah populariti. Orang akan sentiasa memandang dan mencari semua salah kita sampai tak boleh bernafas.
“Saya terima serangan bertubi-tubi dari kiri kanan depan belakang terutama masalah perniagaan.
“Saya turun lima kilogram dalam 10 hari sebeb tertekan dengan masalah terlalu banyak. Jarang saya biarkan masalah dalam kepala tetapi kali ini saya gagal,” katanya kepada Astro Gempak.
Aduh kesin pulak MH dengar keluhan DSV, MH harap isu ini tidaklah sehingga menjejaskan kesihatan DSV. Kadang-kadang kita perlu lupakan seketika segala masalah, tarik nafas dan berehat sebentar. Barulah ilham seterusnya akan datang, betul tak?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI