Kerana Foto Ini, Janna Nick Dikritik Netizen Lagi Gara-Gara Berpakaian Ketat

Share

Tidak mudah untuk bergelar seorang selebriti kerana setiap perkara yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian netizen.

Baru-baru ini, pelakon Janna Nick ada memuat naik sekeping foto dirinya yang terkini bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, cara pemakaian pelakon drama bersiri Cari Aku Di Syurga itu telah mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

“Yer betis Ronaldo…Malam ni turun mana geng? #sayangketatsendatpadat,” tulisnya.

Dalam pada itu, ada seorang individu yang telah memberi kritikan terhadap cara pemakaian Janna.

“teruskn la tunjuk aset kau tu ye… makin menjadi2 dah sekarang ni,” tulis netizen di ruangan komen gambar tersebut.

Lantas, peminat kepada pelakon berusia 24 tahun itu meluahkan rasa marah dengan kata-kata individu berkenaan.

Untuk rekod, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner telah dilahirkan pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah.

Foto : Instagram Janna Nick

IKLAN