Erra Fazira yang lebih seminggu pulang ke tanah air bagi menyempurnakan ibadah haji buat kali pertama berkongsi pengalamannya saat berada di tanah suci.
Menyambut baik kepulangan dengan mendoakan agar apa yang dilakukan itu mendapat keredaan serta rahmatNya, hos Mingguan Wanita ini turut merakam rasa syukur kerana sepanjang ibadah, tiada sebarang situasi sulit yang melanda dirinya.
“Pengalaman yang paling indah, memang impian yang sudah terpendam lama. Jadi bila sepanjang berada di tanah suci tu, ia memang sesuatu yang menyentuh hati.
“Saya sudah lakukan yang terbaik, harapnya Dia menerima ibadah kita dan moga mendapat haji yang mabrur, insyaAllah.
“Sepanjang berada di sana, saya tidaklah mengalami apa-apa pengalaman yang pelik. Cuma bagi saya, rasanya Allah SWT permudahkan urusan tiada alami sakit dan sebagainya.
“Sebelum sampai tu, kita dikhabarkan dengan cuaca tempatan yang panas hingga mencecah 50 darjah celcious.
“Jadi saya sediakan belakan ubat, kipas dan sebagainya. Alhamdulillah, di Arafah ketika itu yang tidak pernah hujan selama 19 tahun, akhirnya hujan dan cuacanya pun baik. Kami ambil ia sebagai hujan rahmat.
“Semuanya baik dan lancar…Syukur,” katanya yang turut menghubungi anak tunggal, Engku Aleesya andai terbit rasa rindu.
Ditanya mengenai ‘panggilan’ baru bagi dirinya yang kini bergelar hajah, Erra mempunyai jawapan sendiri. Katanya dia tidak menolak selepas dinasihatkan seorang Ustaz.
“Pada awalnya sudah tentu rasa janggal apabila ada yang panggil sedemikian. Akan tetapi saya ada menerima nasihat daripada seorang ustaz yang menjaga kami di tanah suci.
Katanya jangan tolak atau pesan pada orang untuk ‘jangan panggil saya hajah, itu sesuatu yang tidak baik’.
“Jadi saya ‘telan’, bila orang kita hajah kita terima, alhamdulillah,” jelas Erra yang turut memohon doa agar dipermudahan urusan dunia dan akhirat.
Terdahulu, Erra ditemui pada majlis MALAYSIA’S MAKEUP ARTIST AWARDS 2019 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Bintang cantik tersebut diundang sebagai antara 10 barisan juri yang ditugaskan untuk mencari juru solek muda terbaik dalam kalangan 40 finalis bertanding.
Meksi baru mencecah usia 21 tahun, namun penampilan anak dara Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara Shauki cukup memukau pandang.
Mewarisi bakat lakonannya bapanya, puteri sulung pelakon komedi dan penerbit ini rupa-rupanya turut berkebolehan menyanyi.
Pun begitu, bapanya mengakui dia mengambil masa agak lama untuk memberi ‘lampu hijau’ buat Mia untuk serius dalam lakonan.
“Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, dia tidak boleh menolak secara total kecenderungan anak-anak selain memberikan nasihat seterusnya menyokong apa yang dirasakan terbaik.
Terdahulu, pasangan anak beranak ini ditemui pada majlis pelancaran TV Disney Wizards of Warna Talk dan buat pertama kalinya, Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom terbaruitu yang bakal bersiaran di saluran Disney pada hujung bulan ini.
Sedikit insformasi, Mia Sara merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin.
Anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli ada berkongsi pesanan mengenai alam perkahwinan.
Kongsi pemilik nama penuh Ahya Ulumuddin Rosli ini, perkara paling penting perlu dilakukan setiap individu Muslim adalah bersedekah.
Malah, setiap individu perlu berdoa dan tawakal (berserah) kepada Yang Maha Esa selepas berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan.
“Kerja kuat 10 tahun kumpul duit , kahwin, beli rumah, beli kereta power, superbike 1, pastu travel la cari benda baru. Paling penting zakat dan sedekah jangan pernah lupa. Doa lebih sikit mesti dapat,” tulisnya.