“Kepada Yang Dah Bank In, Kita Halalkan,” – Kongsi Aktiviti Scammer Dan Mohon Derma, Shuib Mohon Maaf

Share

Tular di laman sosial sebuah foto kanak-kanak yang didakwa menderita sakit kanser darah tahap 3 dan memerlukan bantuan untuk membeli mesin bantuan oksigen.

Shuib yang turut terkesan dan simpati dengan kisah kanak-kanak tersebut telah berkongsi di laman Instagram sebelum bertindak memadamnya tidak lama kemudian selepas mendapat maklumat bahawa itu adalah kegiatan scammer.

Semalam saya ada post satu gambar. Budak ini ada kanser dan memerlukan bantuan orang untuk kos perubatan. Pagi ini ramai orang beritahu saya benda ini scam. Bila saya selidik, memang scam. Saya nak minta maaf. Mungkin ada yang dah bank in duit dekat akaun itu.

“Saya post itu, saya nak share, saya rasa kesian dan nak tolong.

“Tapi itulah, sedih orang yang gunakan benda macam ini untuk kepentingan diri sendiri. Kepada scammer, kita doakan semoga dia selamat dunia akhirat. Kepada yang dah bank in, kita halal nak buat macam mana.

“Allah tahu niat kita. Saya minta maaf banyak-banyak,” ulas Shuib menerusi klip di laman Instagramnya.

Memohon maaf di atas khilafnya, pelawak ini juga memohon agar kegiatan seumpama ini dihentikan.

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam berkongsi sesuatu di laman sosial.

Foto – Instagram Shuib

IKLAN