“Kepada Mulut-Mulut Si@l Yang Kuat Mengata, Kau Tak Tahu Apa-Apa…,”- Tiz Zaqyah Tempelak Siapa?

Share

Pelakon Tiz Zaqyah menulis satu twit menerusi akaun Twitter miliknya, beberapa hari lalu.

Mengejutkan, apabila pelakon berusia 30 tahun itu seakan seperti meluahkan rasa marah kepada seseorang.

“Kepada mulut2 si*l yang kuat mengata. Kau tak tak tahu apa apa. Kau diam,” tulisnya ringkas.

Twit yang telah meraih lebih tiga ribu ulang kicau itu telah menjadi perhatian dan tanda tanya kepada peminat.

Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada bintang drama Nur Kasih itu supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan kehidupan.

Untuk rekod, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak telah dilahirkan pada 25 Oktober 1988 dan pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian untuk kategori Pelakon Wanita TV Paling Popular pada tahun 2009.

Foto : Twitter/Instagram Tiz Zaqyah

IKLAN