Pelakon, Hafidz Roshdi tampil menafikan dakwaan yang khanarnya dia tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya selepas usaha meminta nafkah anak secara peribadi diabaikan.

Menurut Hafidz, 30, tuduhan berkenaan disifatkan sebagai fitnah dan dia tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anaknya itu.

“Selama ini saya memilih untuk berdiam diri, tapi bila perkara ini sudah mengganggu kerja saya, saya pilih untuk mempertahankan hak saya demi menjaga nafkah anak-anak saya.

“Kenyataan mengatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan,” jelasnya.

Perkara itu dikongsikan Hafidz menerusi hantaran di Insta Stories, hari ini.

Malah bapa kepada dua anak itu turut berkongsi beberapa transaksi pembayaran nafkah yang dilakukan sejak hujung tahun lalu sehingga kini.

IKLAN

Bagaimanapun jumlah transaksi yang dibuat dikaburkan pelakon itu.

Menurut Hafidz, sebagai bapa dia mempunyai segala bukti yang menunjukkan dia masih menjalankan tanggungjawab dengan membayar nafkah terhadap anak mereka.

“Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi untuk bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan.

IKLAN

“Saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah, masih membayar nafkah dan akan terus berusaha menambah nafkah wajib anak anak tanpa culas dan elak dari tertunggak,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Shuhada tampil bersuara secara terbuka di media sosial dan menuntut agar bekas suaminya melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya selepas usaha meminta nafkah anak secara peribadi diabaikan.

Dalam pada itu, Shuhada dalam beberapa hantaran berbeza hari ini turut mendedahkan bukti perbualan mesej lucah antara bekas suaminya dengan individu yang dipanggil ‘pelakor’ (perampas laki orang).

IKLAN

Sekadar informasi, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4.

Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI