Nampaknya isu penceraian di antara pemain muzik, Ude Wahid dan bekas isterinya, Intan Liana masih belum reda.

Sebelum ini, Ude ada memberi kenyataan supaya menyuruh bekas isterinya berhenti daripada membuat drama air mata.

Menurut Ude hal penceraiannya telah dibincangkan bersama bekas isteri sebelum memfailkan penceraian namun katanya, kenyataan yang diberikan Intan tentang tiada sebarang perbincangan adalah pembohongan semata-mata.

Katanya lagi, rumah tangga mereka sudah bermasalah sejak dua tahun yang lalu.

IKLAN

Memetik sumber BH Online, Intan terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Ude.

“Bagaimana timbul cerita hubungan kami bermasalah sejak dua tahun lalu sedangkan anak kedua baru berusia setahun?

“Saya pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinannya dengan Izreen. Sekiranya benar dia tidak rasa bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

IKLAN

“Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca (penceraian). Terpulanglah kepada mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini,” kata Intan kepada BH Online.

Dalam pada itu, Intan juga berkata dia tidak mempunyai sebarang niat untuk kembuka aib sesiapa cuma dia terpanggil membuat kenyataan bagi membetulkan apa yang tidak benar.

IKLAN

“Saya juga terkilan apabila diminta berhenti membuat ‘drama’ dengan menggunakan air mata,” katanya lagi.

MH harap Intan sentiasa tabah dengan segala ujian dan dugaan yang diterimanya. Apapun hidup perlu diteruskan dan MH doakan segala urusan Intan membesarkan anak-anak selepas ini sentiasa dipermudahkan.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI