Sejak beberapa bulan yang lalu riuh di media sosial tentang gosip aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella bakal berkahwin dengan bekas suami pelakon dan penyanyi Erra Fazira iaitu Engku Emran.

Terbaru menerusi akaun Instagram milik Bella, dia telah berkongsi beberapa keping gambar yang merakamkan detik-detik manis di majli kenduri doa selamat.

Di ruangan kapsyennya Bella ada menulis, satu langkah menuju kebahagiaan dan ini tulisan itu secara tidak langsung difahami oleh semua pengikutnya bahawa ianya merupakan sebuah majlis sebelum menuju hari bahagianya.

“One step closer to happiness

 

“Ini Part of the best moment in my life,proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan ‘takdir’.

 

“Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati.

 

“Terimakasih ya Allah?? #BAE,” tulis kapsyennya.

Sungguh ayu melihat pelakon cantik ini dengan mengenakan persalinan berwarna ungu lavendar yang membuatkan ramai pengikutnya memuji kecantikannya.

IKLAN

IKLAN

Rata-rata pengikut Bella juga sempat menghujani ruang komennya dengan mendoakan agar semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

linaoke2605: Smoga d lancarkan hari h nya yah…teteh cautik sekali..

erniefrina: Ya allah cantik nya bak doain ya kalau aku punya anak cewe sama cantiknya kayak bak bela.

IKLAN

nithasuhaida: MasyaALLAH teh ??,bahagia dunia akhirat ya teh.. @laudyacynthiabella

pujirosdyn: Iloveyou teh semoga diberi kelancaran sampe hari H yaa. Cantik banget banget??❤ @laudyacynthiabella

Kami di MH Online juga mendoakan agar segala perancangan menuju hari bahagianya dipermudahkan.

Sumber: Instagram Laudya Cynthia Bella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI