Kata orang, kalau lakukan sesuatu dengan serius, pastinya hasilnya akan memberi impak memuaskan. Itulah yang MH boleh simpulkan buat super model, Jenner yang secara rasmi berjaya menewaskan Gisele Bundchen sebagai sebagai model yang menerima bayaran termahal.

Lebih wow, rekod tersebut berjaya dipadam model berusia 22 tahun itu selepas 15 tahun!

Menurut Forbes, model tinggi lampai yang turut meraih populariti tersendiri menerusi program realiti, Keeping Up With The Kardashian itu memperolehi bayaran sekitar tertinggi seterusnya berjaya meletakkan dirinya di posisi teratas di kalangan model terkenal dunia lain. Sementara Gissele pula menduduki tangga kedua.

Turut berada dalam senarai di tempat ketiga ialah Chrissy Teigen, adik beradik Gigi, dan Bella Hadid, pula masing-masing di kedudukan kelima dan kesembilan.

Reputasi membanggakan ini pastinya menguatkan lagi kenyataan Kendall yang sebelum ini cukup lantang di dalam menafikan dirinya hanya meraih populariti dengan menumpang glamor kakaknya semata-mata.

Jom tatap beberapa gambar Kendall yang pastinya buat korang tergamam!

IKLAN

Kendall Jenner Jadi Model Termahal, Padam Rekod 15 Tahun Gisele

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI