Uncategorized

“Kenapa Tertiarap Kat Jalan Tu?,” – Soal Netizen Pada Syatilla Melvin

Share

Pelakon, Syatilla Melvin muat naik foto seakan-seakan sedang berfotoshoot bersama dengan dua pelakon lain iaitu Puteri Aisyah dan Nada Syuhada.

Menariknya, ketiga-tiga mereka bergambar secara duduk ‘bersimpuh’ di atas jalan raya.

“Aku dh puaih tahan peqhot,tapi takat tu ja hasil dia. Konon2 bujang laaa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, ada netizen yang mempersoalkan perkara itu kepada Syatilla di ruangan komen.

Namun begitu, ada juga yang menegur mengenai perut Syatilla yang kini sudah kelihatan ‘baby bump’nya.

Sebelum ini, bekas peserta Dewi Remaja itu mengumumkan kehamilan anak keduanya menerusi Instagram semasa hari lahir suaminya, Shaheizy Sam.

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan selebritini dikurniakan seorang anak lelaki, Syeriv Samheiz yang dilahirkan pada 9 Mei tahun lalu.

Foto/Instagram: Syatilla Melvin

IKLAN