Personaliti televisyen, Hawa Rizwana Rizwan mendedahkan ada menerima komen melampau daripada seorang individu di ruangan ‘direct message’ (DM) Instagram.
Bagaimanapun, Hawa dilihat tenang dan tidak mengambil hati terhadap komen individu berkenaan.
Sebaliknya, dia sempat berseloroh dengan rakan pengacara, Fedtri Yahya mencadangkan rasa marah tersebut patut ditukarkan dalam bentuk puisi.
Pelakon Shukri Yahaya telah selamat menimang cahaya mata keduanya, sebentar tadi.
Berkongsi berita gembira itu menerusi satu posting di Instagram, bintang 7 Hari Mencintaiku 2 itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan bayi dan isterinya, Tya Adnan.
“Alhamdulillah, harini Isnin 20/7/20, jam 2.18pm lahirlah adik lelaki @aairaameena.
“Tq pada Uncles & Unties yang doa untuk kesihatan, keselamatan Mommy @tyaadnan and newborn baby ni, Harap allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yg mendoakan, amin,” tulisnya.
Malah, sepotong video pendek yang merakamkan sisi wajah permata hatinya itu turut menjadi perhatian wargamaya.
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal membina sebuah masjid dengan berkapasiti 700 orang di kampung halaman pelakon lekaki terbabit di Kampung Rengit, Johor.
Projek pembinaan masjid itu akan dimulakan awal tahun hadapan.
Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari,33, dia dan isteri sepakat untuk menggunakan duit keuntungan produk terbaru keluaran syarikat kosmetik milik mereka, Wawa Cosmetics iaitu Muslim Bukhari bagi tujuan murni itu.
“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung kawasan tersebut dan insya-Allah telah bersetuju untuk menghulur dana dalam anggaran RM1.2 juta ringgit hasil keuntungan produk Muslim Bukhari,” jelasnya.
Pasangan itu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Muslim Bukhari di Pusat Konvensen SACC, Shah Alam, pada Sabtu.
Tambah pelakon Cari Aku Di Syurga itu lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak, sebaliknya hanya sekadar berkongsi peluang dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80,000 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik sahaja habis dijual,” jelasnya lagi.
Edisi kosmetik Muslim Bukhari yang sudah pun dijual bermula hari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 satu set.
Terharu atas reaksi positif yang diterima meski baru dilancarkan, Aeril dan Wawa berharap agar produk terbaru ini turut menerima sambutan sebagaimana koleksi kosmetik mereka sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fatin Afeefa menjelaskan ada sebab tersendiri mengapa mengambil pendirian untuk diam setiap kali terpalit dengan tomahan atau fitnah melibatkan dirinya di media sosial.
Menurut Fatin, dia lebih selesa memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi berbanding berkongsi kisah hidupnya bersama orang luar.
“Pada saya, tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun mengenai hidup saya, khasnya hal peribadi. Lagi pun, itu sahaja privasi yang saya ada ketika. Hanya itu yang boleh saya simpan.
“Kalau saya keluar pun, ‘life’ saya seolah-olah sudah tiada privasi lagi. Kadang-kadang ketika saya tengah makan pun ada orang ambil gambar dan sebagainya. Kalau ikutkan saya tak suka pun untuk keluar.
“Most of the time saya hanya ada dekat rumah sahaja. Bagaimanapun, saya perasan bila kurang berkongsi mengenai kehidupan peribadi, saya lebih gembira sebenarnya.
“Jadi, orang tak boleh nak mengata benda yang mereka tak tahu. I learn it hard way dan biarlah orang nak kata apa sekali pun.
“Kalau orang nak kata satu campur satu bersamaan dengan lima sekalipun, saya akan okay sahaja. Enjoy!,” katanya jujur.
Pelakon drama The Gadis itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Havaianas Flagship Store di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia tidak bercadang untuk membawa segala dakwaan melampau yang diterima ke muka pengadilan.
Ini kerana bagi Fatin, perkara seperti ini hanya akan menyulitkan dirinya di kemudian hari.
“Entahlah saya tak pasti… sebab pada saya what comes around goes around. Jadi, apa yang mereka cakap atau sakitkan hati saya misalnya, satu hari nanti akan berbalik juga pada mereka.
“Jadi, saya tak perlu nak penat-penatkan diri untuk naik turun mahkamah. Malah kena keluar duit lagi. Nak buka kes je dah RM5,000 rasanya.
“Bukan nak jadi kurang ajar, akan tapi kebanyakan orang yang saya nak saman tu, kemungkinan tiada duit nak bayar. So, itu dah membazir waktu dan saya jadi banyak kerja pula.
“Jadi, lebih baik saya ‘lantak je’ mereka nak kata apa sekali pun. Nanti penat, mereka diam sajalah,” jelasnya.
Fatin juga akui tidak akan memadam reaksi atau kritikan melampau netizen di media sosial miliknya.
“Saya tidak akan padam sebab selalunya saya akan sekat sahaja akaun tersebut. Sayatak mahu ada aura negatif. Bukan kerana takut,tapi kenapa pula saya perlu melayan karenah mereka yang entah apa-apa?
“Kalau anda rasa tak suka, mudah sahaja. Jangan jadi psiko, hanya ‘block’ saja saya. Jangan tengok dan jangan komen apa-apa pun,” akhirinya.
Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia.
Keduanya mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira empat tahun lalu.
Terdahulu, Fatin kini merupakan duta rasmi bagi jenama selipar flip flop ikonik Brazil, Havaianas bersama Nelydia Senrose.
Havaianas Flagship Store kini sudah mula dibuka bertempat di aras 5, Pavillion Mall, Kuala Lumpur.
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...