
Pelakon yang juga usahawan, Syatilla Melvin baru-baru ini ada memuat naik satu video Tik Tok di Instagram miliknya hingga mendapat perhatian ramai warganet.
Ini kerana, wajah Syatilla menerusi video tarian pendek yang dirakam bersama suami, aktor Shaheizy Sam itu mirip rakan pelakon, Mira Filzah.
Malah menerusi ruangan kapsyen, finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini turut menulis kapsyen bereloroh.
“Kenapa Sam tiba-tiba dengan @mfmirafilzah? Ya Allah kenapa awak buat macam ini dekat saya? Comelnya laki aku” tulisnya di kapsyen.
Serentak dengan itu, para pengguna Instagram tidak ketinggalan memberikan reaksi dan rata-ratanya mengakui wajah ibu kepada dua cahaya mata ini serupa dengan Mira di dalam video berkenaan.
Malah, Mira juga dilihat turut memberikan reaksinya.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.
Untuk info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata setakat ini.

Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Satu perjuangan yang harus dicontohi apabila personaliti hebat dalam dunia keusahawanan, Datuk Faridah Hanim Haron bernekad bantu ramai usahawan yang terjejas kerana pandemik COVID-19.
Walaupun masih sakit di bahagian tulang belakang, leher dan beberapa bahagian dalaman tubuh akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, beliau masih bersemangat waja dalam meneruskan azam murni.
Faridah Hanim yang lebih mesra dipanggil Ibu Hanim ini, tidak melihat kesakitan yang dialami sebagai penghalang untuk melihat usahawan-usahawan muda terus mencapai kejayaan.
“Kebanyakan usahawan di negara kita boleh bertahan hanya lima tahun. Peranan ibu adalah untuk menurunkan ilmu kepada para usahawan agar lebih bertahan lama dalam bisnes yang diusahakan.
“Ibu sendiri berpengalaman bekerjasama dengan beratus-ratus syarikat untuk membantu mereka, supaya lebih bertahan lama.
“Jadi, dalam keadaan negara kita diserang pandemik COVID-19, Ibu rasa seperti Ibu membiarkan anak-anak (usahawan) ‘lemas’.
“Jadi, ibu sanggup terlibat dalam program televisyen yang berkaitan usahawan. Itu salah satu langkah untuk ibu berdakwah dalam masa yang sama membantu mereka untuk terus bangkit,” katanya.
Beliau turut sama terlibat dalam program televisyen realiti usahawan iaitu Legasi Perwira 2021 dan di dalam program berkenaan, Ibu Hanim mencurahkan banyak ilmu keusahawanan kepada para usahawan yang terlibat.
Antaranya ialah Leyna, De’Xandara, By Chefiza, Andorra Hospital, NFF Boutique Gallery dan Jamu Tun Teja.
“Bukan mudah untuk menyiapkan program ini, tapi semua itu dianggap Ibu anggap sebagai satu perjuangan. Ibu lawan sakit, lawan penat untuk menghasilkan program ini.
“Ibu sangat ingin menjayakan program ini kerana Ibu mahu lebih ramai lagi di seluruh Malaysia untuk tahu apa sebenarnya perjuangan kita (dalam bidang keusahawanan).
“Bagi ibu, kuntungan yang dibuat bukan hanya mencecah jutaan ringgit, tetapi perlu puluhan juta,” ujarnya yang menekankan pengisian program ini boleh menjadi inspirasi buat semua usahawan besar atau pun kecil.
Pelbagai petua atau tip dalam keusahawanan yang akan dikongsi oleh Ibu Hanim dalam program Legasi Perwira 2021.
Program Legasi Perwira merupakan sebuah program realiti usahawan yang memaparkan pendekatan Ibu Hanim dalam mendidik usahawan agar terus maju dan berkembang.
Dengan tagline Usahawan Nadi Negara, program ini akan menampilkan enam usahawan dari industri berbeza untuk berkongsi kisah inspirasi dan jatuh bangun mereka sebelum dan ketika menghadapi pandemik COVID-19.
Semuanya dirungkai dalam program Legasi Perwira terbitan Annems Leadership Solutions dengan kerjasama District L.E Production.
Untuk itu, jangan lupa tonton Legasi Perwira yang disiarkan di TV AlHijrah setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 8 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Jelaskan Suami Tak Pernah Lupa Asal Usul, Siti Sarah Syukur Nikmat Dipertemukan Jodoh Dengan Shuib

Sudah menjadi impian kepada isteri untuk memiliki mahligai cinta yang bahagia bersama suami tercinta dan itulah yang mungkin dirasai penyanyi, Siti Sarah ketika ini.
Sarah atau nama lengkapnya, Siti Sarah Raissuddin meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan suaminya, yang juga merupakan seorang penyampai radio dan pelawak, Shuib.
Menerusi entri di Instagram, penyanyi lagu Semakin ini berkongsi cerita tentang sikap serta keperibadian Shuib yang disifatkan sentiasa merendah diri.
“Sememangnya dia tidak pernah lupa asal usul dari awal perkenalan, awal perkahwinan sehingga sekarang.
“Itulah @shuibsepahtu yang saya kenal, anak kampung, orang susah, anak sawah yang tak pernah lupa diri.
“Mungkin ada perubahan dari segi kejayaan sebab dia orang yang nak ubah nasib diri jadi lebih baik, sangat komited, berani dan inginkan perubahan termasuk janji pada ibunya dia akan beri kesenangan.
“Jadi sebab itu dia tak pernah kenal erti penat, apapun dia hadap termasuk fitnah-fitnah yang berat. Terima kasih Allah sebab temukan kami,” tulisnya.
Lantas perkongsian yang dititipkan itu turut mendapat reaksi daripada para peminatnya.
Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata setakat ini.
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon jelita, Nora Danish baru sahaja mengadakan majlis bagi menyambut hari kelahiran anak sulungnya, Putera Rayqal yang kini sudah pun memasuki usia 12 tahun.
Mendedikasikan ucapan istimewa, Nora turut dilihat memuat naik beberapa foto sepanjang majlis ringkas tersebut berlangsung menerusi entri terbaru di laman Instagram.
Menurut Nora, Rayqal merupakan seorang anak yang memiliki jiwa yang sangat bersih dan sering memberi kebaikkan terhadap orang sekelilingnya.
A post shared by naOradaishi (@noradanish)
“My forever baby ! Dont worry Qal, even if you turn 30 also u still forever be my baby. You are not allowed to have instagram even at this age yea, but mommy still writing this so that it is forever here & u can read it at anytime.
“Happy 12th Birthday my son, You have been the truest joy in my life every day since 7th January 2009. Your sweet soul spreading goodness and warming everything and everyone around u.
Thank you for being one of the best
teachers of my life for making me better,” tulisnya.
Bersama foto berkenaan, kelibat bekas suami kepada Nora, Rizal Ashram turut kelihatan sama-sama meraikan majlis serba ringkas namum penuh bermakna itu.
Dalam pada itu, Nora turut menitipkan doa semoga anaknya itu sentiasa menjadi insan yang terbaik dan saling menjaga adik-baradiknya.
“Semoga menjadi anak yang soleh anak mommy, Abang yang sentiasa menjaga adik adik selamanya. I love you sweetheart. I am proud to be ur mom.
Happy 12th Birthday!,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat ucapan tersebut selain turut memuji hubungan akrab Nora bersama anaknya itu.
Terdahulu, Rayqal merupakan anak hasil perkahwinan pertama Nora bersama bekas suami, Rizal atau lebih mesra disapa Jejai.
Kini, Nora bahagia disamping suami, Nedim Nazri dan pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Mohamed Neqayl Nedim atau sinonim dengan panggilan manjanya Ney Ney.
Sumber: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

