“Kenapa Perempuan Selalu Bagi Peluang Kepada Lelaki Yang Selalu Menipu?,” – Catriona Ross

Share

Pelakon senior, Catriona Ross ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi posting tesebur, Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Bahrin Ross telah bertanya satu soalan kepada kaum wanita.

“Kenapa perempuan selalu bagi chances to men yang selalu menipu ? Even if you know he is lying straight to your face, bila dia sweet talk je, bagi peluang lagi ! You all macam tu tak?,” tulisnya.

Lalu, perkongsian pelakon berusia 38 tahun mendapat komen yang pelbagai daripada peminatnya.

Dalam perkembangan lain, Catriona bersama rakan pelakon seperti Ayda Jebat, Syazuwan Hassan dan Nazim Othman kini sibuk di lokasi drama bersiri berjudul Cindai yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Foto : Instagram Catriona Ross

IKLAN