“Kenapa Orang Suka Ambil Tahu Hal Peribadi Orang Lain?” – Tanya Hafreez Adam Gara-Gara…

Share

Mempersoalkan kisah netizen yang gemar mengambil tahu perihal orang lain, Hafreez Adam menerusi posting terbaharu meminta pendapat netizen.

Ulasnya, terlalu ramai yang gemar bertanya perihal yang tiada kena mengena dengan diri sendiri.

Abe terfikir, kenapa orang suka ambil tahu hal peribadi orang lain? Suka bertanya hal yang memang tak ada mengena dengan diri tu.

“Just tanya . I genuinely wonder why,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menyedari kedudukan pelakon yang juga kekasih kepada Zara Zya ini, ulas netizen, kedudukannya sebagai selebriti sentiasa terbuka untuk fitnah.

Malah, ada yang meminta agar pelakon ini ada tidak peduli akan kata-kata yang dilemparkan.

Sebagai selebriti, sukar sebenarnya untuk mengelak daripada pandangan orang ramai. Peminat dan haters sentiasa mencari peluang untuk mengorek rahsia dan berbicara sesama sendiri.

Nasihat MH agar jagalah tingkah laku dan peribadi supaya tiada ruang untuk perkara negatif menceroboh kehidupan kita.

Foto – Instagram Hafreez Adam

IKLAN