
Rasanya ramai yang sudah sedia maklum bahawa pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa mempunyai adik perempuan yang sangat cantik dan juga merupakan seorang Insta Famous, Nur Ameera Khan.
Baru-baru ini Ameera telah memenangi Anugerah Instafamous Paling Chantek di majlis Anugerah Instafamous 2017 yang dianjurkan oleh hurr.tv.
Tahniah MH ucapkan kepada Ameera atas anugerah yang diterimanya dan memang tidak dapat dinafikan Ameera mempunyai raut wajah yang sangat cantik seperti kakaknya juga.
Rata-rata peminat dan pengikut Ameera juga turut mengucapkan tahniah atas anugerah tersebut namun ada juga segelintir netizen yang menjadi pengkritik dan mengkritik make up yang dikenakan oleh Ameera semasa majlis anugerah tersebut sehingga ada yang berkata dirinya kelihatan tua berbanding umurnya yang masih muda.
nurliyanamansor__: Kenapa makeup nampak macam mak tiri
hermpire: U memang suka nampak tua dari usia ke?
cey_rodolf: Sejujurnya. Muka u nampak tua lagi dari kakak u neelofa. Erm.. sad but true!
kirana_101: no x cntik this look. pelikkk.. menyeramkan
Walau bagaimanapun ada juga peminat Ameera yang menyangkal kritikan mengenai make up Ameera yang dikatakan kelihatan tua itu.
shahirrahim88: Sangat love!!! Cantik pun dikata,netizen yg mengata tu tgok ig diorang pun sedih ?
azrinabdulrasib: Elok ja aku tengok makeup dia . Sapa la pandai2 kata mcm rentua .
ainafajar: Lawa je.. x de pun cm hantu.. pelik la dorng ni
Macam-macam netizen ni ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Sabar je la Ameera sebab mulut orang memang kita tak boleh nak tutup. Apapun bagi MH Ameera tetap gorgeous!
Di sini MH juga nak kongsikan pada korang semua senarai penuh pemenang yang turut menerima anugerah pada Anugerah Instafamous 2017 tempoh hari.
1. Vivi Yusof – Anugerah Instafamous Inspirasi
2. Faiz Roslan – Anugerah Instafamous Paling LOL
3. Hafiz Mahamad – Anugerah Instafamous Cas Sihat
4. Alvin Chong – Anugerah Instafamous Fenomena
5. Isyraf Danish – Anugerah Instafamous Paling Bro
6. Elfira Loy – Anugerah Instafamous Versatil
7. Syafiq Kyle – Anugerah Instafamous Adiwira
8. Johanis Sani – Anugerah Instafamous Paling Stylo
9. Cupcake Aisyah – Anugerah Instafamous Paling Ohsem
10. Zizan Razak – Anugerah Instafamous Idola
11. Ameera Khan – Anugerah Instafamous Paling Chantek
12. Asyallie – Anugerah Instafamous Paling On Point
13. Neelofa – Anugerah Instafamous Unggul
14. Ismail Izzani – Anugerah Instafamous Paling Layan
15. Hannah Delisha – Anugerah Instafamous Pujaan Hati
16. Nora Danish & Nedim Nazri – Anugerah Instafamous Till Jannah
Sumber: Instagram Ameera Khan & hurr.tv
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI