Memuat naik sekeping foto menyayat hati di mana seorang bayi tidak berbaju bersama sehelai kain batik di sisi diletakkan di sebuah lokasi dikelilingi tanah dan daun kering, Misha Omar mempersoal tindakan seorang ibu yang tergamak berbuat sedemikian rupa.
Jelas penyanyi ini lagi, seandainya tiada sesiapa yang menjumpai bayi malang ini, bagaimana nasibnya.
Malah tambah Misha lagi, tiada sebab kukuh untuk membuang anak yang dikandung walau apa saja sebab yang berlaku.
“Adikkk…kenapa Mama letak adik kat situ sorang-sorang??? Adik tak berbaju pula tu,kesejukan dia.. Kalau lapar cemana???
Ads
“Siapa lah yg akan dgr suara esak tangis adik yg cuma badannya sekecil itu?? To mama-mama yg senasib dengan Mama adik ini, jangan buat mcm ni ok?
“Kesalahan awk semua bukan bererti awak berhak memperlakukan adik seperti ini..Reach out, voice out…masih ramai yg sayang, terlalu ramai juga yg prihatin.
Ads
“Tindakan Mama-mama semua akan menyelamatkan nyawa anak-anak ini. Tolong lahh, Bumitch merayu, jangan buat mcm ni ok? Kalau ada Khadijah sorang, meh hantar kat Bumitch, ada Abg Adam & Abg Idris boleh jagaaaa,” kongsinya.
Baru sahaja diraikan dalam majlis sambut menantu belah pihak lelaki di Kuala Krai, Kelantan, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein berkongsi foto sekitar majlis sandingnya di kampung halaman suami, Mohamad Azlan Che Noh.
Malah pengantin baru ini turut mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen sejurus majlis selesai, termasuk ‘acara sental kuali’ selepas majlis.
“Agitchuuuuuu .. ko ade cuci koli beso dkat kg karangan.. tapi selipar tu .. selipar tu..x nak kalah, dikkkkk,” kongsinya.
A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on Jan 28, 2020 at 7:29pm PST
Terhibur dengan apa yang dikongsi Elly, netizen memberikan reaksi di ruang komen dan menyatakan inilah realiti Kampung People, drama popular lakonannya bersama Rashidi Ishak, Riena Diana dan Hun Haqeem.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 29, pada 17 Januari lalu.
Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 4.
Mereka kemudiannya bercerai pada 15 Oktober 2015.
Foto : Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya cubalah tapi tidak mendapat apa-apa reaksi,” itu kata pelakon dan penyanyi, Ning Baizura apabila ditanya sama ada dia cuba menghubungi Datin Paduka Marina Mahathir bagi mendapatkan pandangan sebelum mendukung watak sebagai aktivis sosial itu menerusi filem Mahathir The Journey.
Malah akuinya lagi, dia turut cuba menghubungi Marina menerusi platform media sosial selain cuba berusan menerusi panggilan telefon.
“Saya hubunginya di Twitter dan telefon tapi tak dapat reaksilah.
“Sebagai pelakon yang melakonkan watak yang bukan fiskyen, seorang yang masih lagi hidup…Saya cuba hubungi tapi saya tak mendapat respon yang positif.
“Tidak mengapalah, saya lakukan kajian sendiri selain cuba dalami karektornya menerusi medium lain,” katanya Ning yang turut menyifatkan apa yang ditulis Marina menerusi media sosialnya adalah pandangannya sendiri dan menghormatinya.
Bintang yang sinonim menerusi lakonannya dalam Malaikat Di Jendela itu bagaimanapun turut menyifatkan filem ini mengangkat kisah perdana Menteri yang dikagumi semua orang dan Marina adalah sebahagian dalam keluarganya.
Ditanya apakah yang menarik perhatiannya untuk terlibat di dalam filem berskala besar ini setelah lama tidak muncul di layar perak, Ning menjelaskan kelainan watak yang diberikan memberi peluang buatnya untuk mencabar diri, cuba sesuatu yang baru.
“Kebanyakan yang terlibat dalam filem ini pun ‘otai’, jadi ada juga yang saya belajar dengan mereka. Pada masa sama, saya ada belajar lenggok badan serta gaya Marina menerusi YouTube juga.
“Masa tahu saya dapat watak Marina, saya terus cuba buat kajian sekitar tiga bulan jugalah sebab pada awalnya tidak percaya dapat pegang watak individu yang dikenali dan masih lagi hidup.
“Watak ini yang menarik perhatian kerana rasanya sudah lama saya tak berlakon filem selain cabarannya yang berbeza dari apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Meski pada awalnya saya sangka ini adalah filem yang berunsurkan politik semata, tetapi bila pengarahnya, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dedah beberapa kali skripnya diubah suai dan dikemas kini, bila bacanya balik ia menarik perhatian saya.
“Ia bukan ‘Ning Baizura’ langsung. Jadi itu pun sudah jadi satu cabaran. Anak kepada Tun M. Dalam filem ini dia agak tegas. Ketegasan itu ialah apabila dia cuba untuk tegakkan keadilan keluarga. Dia kalau boleh mahu bapanya buat sesuatu dengan lebih baik.
“Itu tugas saya untuk watak tersebut dalam filem ini. Dia yang bantu dari segi skrip, ceramah bapanya. Ada elemen dramanya di situ,” jelasnyalagi.
Terdahulu, Ning ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Hotel tersebut turut melakar memori tersendiri apabila ia menjadi lokasi Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengadakan sidang media tergempar semasa malam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 10 Mei 2018 lalu.
Filem Mahathir The Journey mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Selain Ning Baizura membawakan watak Datin Paduka Marina Mahathir, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah Anwar), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo).
Filem arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan ini menelan belanja sekitar RM6 juta dan dijangka akan ditayangkan pada Julai depan.
Difahamkan sekitar November tahun lalu, anak sulung kepada perdana menteri itu tampil menyatakan bahawa dia dan anggota keluarga yang lain tidak mengetahui mengenai filem Mahathir The Journey.
Menerusi laman Twitter, Marina turut berkata dia hanya mengetahui kewujudan wataknya dalam filem itu melalui media.
Bagaimanapun, penerbit Reliance Media Group Sdn Bhd iaitu Yusuf Kelana berkata projek filem itu akan tetap diteruskan meskipun tidak menerima persetujuan daripada mana-mana watak terlibat.
Ini kerana pihaknya sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) setelah skrip filem ini melalui proses rombakan sebanyak 12 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha meluahkan rasa untuk berhenti dari bidang lakonan kerana sudah penat dengan industri hiburan tempatan.
Pada masa sama, Mia, 15, turut meminta pendapat orang ramai sekiranya dia berbuat demikian (berhenti berlakon).
“Gloomy Wednesday. Kalau Mia stop berlakon masih ada yg minat Mia tak?
“Korang minat mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular korang masih minat ke?,” tulisnya.
Malah, pelakon filem Papa I Love You itu menyifatkan bahawa keadaan sekeliling membuatkan dia mahu berhenti berlakon dan mungkin merancang untuk fokus menerusi saluran Youtube.
“I am tired with all the nonsense surrounding my career and I feel I should stop acting.
“Maybe buat YouTube video je kot after this.
“Korang please tell me how you feel about me quit acting ya. Mia nak tau apa pendapat korang,” tulisnya lagi.
Lantas, perkongsian tersebut menimbulkan tanda tanya ramai berhubung luahan dari pelakon drama bersiri komedi, SMK yang ditayangkan di saluran Astro Ceria.
Foto : Instagram Mia Sara Nasuha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...