“Kenapa Mak-Mak Kadang-Kadang Macam Singa,” – Nad Zainal

Share

Inilah realiti seorang isteri dan ibu kata Nad Zainal.

Tiada masa dan ruang untuk diri sendiri, keutamaan adalah untuk suami dan anak.

Tambahnya lagi, kehidupan tidak seindah drama waktu petang. Waktu lapang yang ada digunakan sebaiknya untuk berehat, bukan ke spa mencantikkan diri.

No filter needed

Muka berminyak

Sarung shirt besar

Rambut toncet malas

Buat apa nak malu

Ini adalah rupa seorang isteri,

Are you ready.”

Yang single-single tu?

Berkahwin dan ber anak

Kita akan banyak tanggungjawab…

Tidak seindah drama petang,

Mana yang tak ada maid tu..

Lagilah.

Now i know.. kenapa mak mak kadang-kadang macam singa…

Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.. sebab bila ada masa terluang.

Baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun.

“Nak masuk puasa ni

Mula google lauk nak masak sahur pulak…

Itulah MAK

Are you ready girls?? Sebelum tu mari bersedia ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak-mak kita.. dan jangan lupa tonton Geng Mak Mak di @astrogempak,”

tulisnya.

Luahan hati ini turut mendapat perhatian pelakon Fasha Sandha dan Amyra Rosli yang mengakui tidur lebih penting apabila punya masa senggang.


Foto : Instagram Nad Zainal

IKLAN