“Kenapa Lelaki Semua Panas…,” – Rakam Video Dengan Tunang, Intan Najuwa Dilabel ‘Mata Duitan’ Lagi. Ini Respon Win Tuan Badan!

Share

Baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan pada 18 Ogos lalu, Intan Najuwa ada merakam video pertama bersama tunangnnya, Razrul Anwar Rusli.

Berlatarbelakangkan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng, pelakon drama bersiri Tuan Danial ini dilihat gembira sambil merakam video di dalam kereta bersama Razrul yang juga seorang ahli perniagaan asal Kedah.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meninggalkan komen kesat berikutan kereta yang dinaiki Intan merupakan sebuah kereta mewah.

Malah, ada yang menyifatkan pelakon berusia 22 tahun itu sebagai mata duitan.

Tidak hanya berdiam diri, Intan telah memuat naik status di Insta Storiesnya.

“Kenapa lelaki-lelaki Melayu semua panas bontot lepas tngok new post I?

“Hahahha! Dah2 pergi kerja,” tulis Intan.

Terdahulu, Intan, 22 dan Razrul, 38, mengadakan majlis pertunangan di Hotel Thistle, Johor Bahru dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

Difahamkan, Intan telah memadam video tersebut selepas beberapa minit dikongsikan di Instagramnya.

Video/ Foto : Instagram Intan Najuwa/ Rotikaya

IKLAN