“Kenapa Cantik Sangat, Macam Barbie,” – Uqasha Senrose Pakai Serba Putih, Ramai Puji Lawa…Tak Sabar Tunggu Hari Bahagianya!

Share

Satu perkongsian foto dari pelaon, Uqasha Senrose mendapat perhatian peminat di Instagram apabila dia tampil dengan solekan natural tetapi menawan.

Mengenakan persalinan kurung moden lengkap layah dalam rona senada, hantaran tersebut juga menerima pujian daripada para pengikutnya.

Masing-masing memuji dan tak kurang memberikan emoji berbentuk hati sebagai tanda suka, lebih-lebih lagi apabila ramai sedia maklum mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pelakon Kamal Adli tidak lama lagi.

Ini antara komen ringkas yang ditinggalkan;

“Subhanallah…. Lawanya.”

“Stunning, mekap paling cun kat Uqasha.”

“Berseri.”

“Make up macam ni nanti masa nilah, simple dan natural je.”

“Cantiknya mekap macam ni. Soft and gorgeous.”

“Kenapa cantik sangat… macam barbie.”

“Cantiknya, lain gile muka Uqasha.”

“Alhamdulillah tahniah semoga bahagia hingga ke syurga. Selamat bercinta.”

Penampilan menawan Uqasha sebenarnya adalah sebagai ‘muse’ untuk koleksi Ijab Kabul Rizman Ruzaini Bridal RTW 2021 yang dilancarkan hari ini khusus buat mereka yang bakal bergelar raja sehari.

Malah beberapa foto hasilan penggambaran turut dikongsikan di Instagram jenama berkenaan.

IKLAN