Masing-masing memuji dan tak kurang memberikan emoji berbentuk hati sebagai tanda suka, lebih-lebih lagi apabila ramai sedia maklum mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pelakon Kamal Adli tidak lama lagi.
Ini antara komen ringkas yang ditinggalkan;
Ads
“Subhanallah…. Lawanya.”
“Stunning, mekap paling cun kat Uqasha.”
“Berseri.”
“Make up macam ni nanti masa nilah, simple dan natural je.”
Ads
“Cantiknya mekap macam ni. Soft and gorgeous.”
“Kenapa cantik sangat… macam barbie.”
“Cantiknya, lain gile muka Uqasha.”
“Alhamdulillah tahniah semoga bahagia hingga ke syurga. Selamat bercinta.”
Ads
Penampilan menawan Uqasha sebenarnya adalah sebagai ‘muse’ untuk koleksi Ijab Kabul Rizman Ruzaini Bridal RTW 2021 yang dilancarkan hari ini khusus buat mereka yang bakal bergelar raja sehari.
Artis versatil, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil ada berkongsi cerita rutin harian yang dilakukannya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda di seluruh negara.
Meski terpaksa menjalani gaya hidup dan rutin harian dalam keadaan norma baharu, anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search tetap bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan olehNya.
“Abil pernah share before this pasal MCO,dalam kite tak nampak,lifestyle kite berubah.Korang ingat kan my post before this? Abil sentiasa positive dan tak pernah merungut.
“Everyday abil sentiasa senyum dan sentiasa rasa bersyukur. Abil selalu share benda yang boleh buat korang inspired. So today lagi skali i nak share berita yang paling menang dari semua berita dalam hidup abil,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini turut berkongsi khabar gembira mengenai anak perempuannya, Keisha Laila yang bakal mula membaca kita suci Al-Quran tidak lama lagi.
Sebagai seorang ibu, Abil berasa terharu dan bangga dengan pencapaian anak pertamanya itu lalu meluahkan rasa syukur bersama pengikutnya.
“Keisha lagi 4 page Iqra, dah nak masuk Al-Quran guys!!! Dalam pada tak pergi sekolah,hilang semua skills belajar, selain dari mandarin dah pergi next level, she dah nak masuk quran!
“Yang abil happy, kite start journey ni together few months back dan masih bertahan sampai skarang..Alhamdulillah! Rasa nak cry cry la..Good job @lilkupukupu ! @ibadahroyale,” tulisnya lagi menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
Pelawak dan ahli perniagaan, Shuib memanjat rasa sykur apabila buat pertama kalinya, dia akan bertemu anak bongsu, Ayash Affan.
Lebih bermakna, kesempatan tersebut diraih bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-37, pada Ahad.
Sebelum ini, Shuib memaklumkan bayi yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara pramatang itu sudah dikeluarkan dari inkubator selain menunjukkan perkembangan yang baik.
“Alhamdulillah dihari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan.
“Esok akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan,” katanya.
Perkara tersebut dimaklumkan suami kepada Allahyarham penyanyi, Siti Sarah Raisuddin ini menerusi Insta Stories.
Shuib menerusi platform sama turut mengenang permintaan arwah isteri yang mahu dia menjaga anak bongsu mereka dengan baik.
“InsyaAllah. Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang keempat ni, you jaga dia tau, you jaga tau, you jaga ok’.
“InsyaAllah sayang, I akan jaga dia mcmana I jagayou smpailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat.
“Anak yang selalu dekat dgn Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh, doakan I selalu kuat. I love you sayang,” tulis Shuib.
Terdahulu, Shuib kehilangan Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), sebulan lalu.
Penyanyi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami yang juga penyanyi, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Menurut Stacy, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam kepadanya juga cukup santai dan tidak terlalu berat.
Imbas kembali, pada 24 Ogos lalu genap enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’.
“Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik,” kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 itu.
Malah hubungan baik yang terjalin ketika itu juga mendorong penyanyi lagu Pelangi Senja itu terus mendekatkan diri dengan agama Islam.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami.
“Pada 26 September 2015, kami bertunang, seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya.
Stacy mengimbas detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya, baru-baru ini.
Dedah Stacy kepada hosnya, Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, momen tersebut pernah menjadi tular dan sensasi apabila penyebaran gambar serta video proses pengislaman dirinya.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Dia pada masa sama mengakui, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira.
“Ketika itu saya sedar, perasaan bukan-bukan itu hanya mainan emosi,” katanya yang masih belajar untuk menjadi insan terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi.
Program Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu.
Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh...