“Kenang Budi Dan Jasa Kak Azza,”- Fiza Halim Titip Kata Buat Azza, Memori Bersama Elite Terukir!

Share

Pelakon dan penyanyi, Fiza Halim ada menitipkan kata-kata ucapan manis buat Azza yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 tahun.

Titipan kata dari Fiza itu disampaikan menerusi Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fiza mendoakan agar Azza diberikan kesejahteraan yang baik.

“Happy birthday to my lovely sister kak @azzaelite moga allah sentiasa berikan rezeki yg melimpah ruah buat akk sekeluarga, kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat.

“Doaku selalu utkmu walapun kita jarang berjumpa. Fiza kenang budi dan jasa kak azza dr fiza mula dlm industri ni sampailah skrg.

“Jaga diri baik2 tau… jaga kesihatan sama… Love u forever… Allah always with u… Hug,love & kisses … from adikmu,Fiza Halim @azzaelite #happybirthday #november,” tulisnya.

Dalam pada itu, Azza juga dilihat turut memberi reaksi posting tersebut di akaun Instagram miliknya.

“masyaAllah tabarakallah tq adik syg .. bnyk kenangan manis kita bersama .. dari siap kan fiza nk pg show kak za make up kan..

“Dari paksa fiza tidoq umh kak za hari hari sb kak za boring kt umh.. pi mkn spek pulek jatuh dlm makanan .. pastu fiza siap kan kak za kak za siap kan fiza tukaq tukaq baju la skirt la.

“masak sardin pi bangsar makan pizza .. kita mcm Ratu ratu masa ni eh mcm lagu abg awie pulok ratu ku tq sb syg kak azza .. sedikit pun kak za x kan lupakan segala kebaikan fiza .. kenangan kita sama sama.

“semoga kita dapat bjln bersama sama masuk ke syurga Allah . maafkan kak azza kdg kdg kak za bz manjah manjah maklum lah demi mencari sesuap nasik gitu kak za dah sampai kl maka minggu ni kita cari time together tq sb wish kak za,” respon Azza pula.

Sekadar informasi, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari dilahirkan pada 13 November 1978 di Kulim, Kedah.

Sementara Fiza sebelum ini pernah menjadi anggota kumpulan Elite yang turut dianggotai Azza iaitu ahli asal kumpulan berkenaan.

Foto: Instagram Fiza Halim

IKLAN