Bagi sesetengah orang menganggap menipu itu akan menjadi lebih mudah jika disampaikan melalui pesanan ringkas atau texting kerana tidak perlu berlakon dan bermain dengan ekpresi wajah, tidak perlu bertentang mata dan ada juga fikir ia lebih mudah ‘dikawal’.

Walaupun tujuan utama agak samar tetapi tahukah anda dengan melihat caranya menyampaikan mesej dan penggunaan ayat sudah membuktikan sejauh mana kebenarannya berkata-kata.

Melalui sebuah portal Bright Side, ini dia 7 tanda boleh dihidu!

1.Ayat yang panjang

Kenali 7 Jenis Reply Mesej Yang Tidak Jujur

Menurut kajian The research of Cornell University, individu yang sedang menipu lebih banyak menggunakan ayat dalam menjelaskan sesuatu. Ini kerana mereka cuba untuk ‘cover’ dan menjaga hati agar tiada hati yang terluka.

2.Jawapan yang tidak jelas

Kenali 7 Jenis Reply Mesej Yang Tidak Jujur

IKLAN

Jika kamu bertanya sesuatu dan individu itu hanya menjawab sesuatu yang tidak jelas seperti “tengok nanti..” atau “kita cuba” itu tandanya dia benar-benar sedang menyembunyikan perasaan sebenarnya. Mungkin dia tidak mahu menyakiti hatimu dan dalam masa yang sama memang tidak mahu lakukan apa-apa yang berkaitan.

3.Mengulangi info atau fakta

Kenali 7 Jenis Reply Mesej Yang Tidak Jujur

Meyakinkan anda adalah salah satu perkara wajib si penipu perlu lakukan demi menutup segala kesalahannya. Jadi mereka lebih kerap mengulangi lagi dan lagi sesuatu info itu sehingga anda akan akur dengan kata-katanya.

4.Mengambil masa yang lama untuk balas

Kenali 7 Jenis Reply Mesej Yang Tidak Jujur

IKLAN

Ya, memang tidak dinafikan ada sesetengah individu memang terlalu sibuk hingga adakalanya terlepas pandang mesej yang masuk. Namun, secara logiknya tidak mungkin ia mengambil masa yang terlalu lama hingga adakalanya lebih dari 1 jam bukan? Jangan terkejut jika kami kata ini juga sebenarnya adalah salah satu taktik untuk menipu kerana individu tersebut mampu ‘mengunci’ perbualan agar dia dapat bersiap sedia untuk ditanya soalan bertubi-tubi.

5.Typing…

Kenali 7 Jenis Reply Mesej Yang Tidak Jujur

IKLAN

Individu seperti ini akan mengambil masa yang lama untuk menjelaskan sesuatu. Mereka akan cuba menggunakan pelbagai ayat agar segala tembelangnya tidak diketahui. Tulis – padam – tulis – padam akhirnya hanya mesej yang pendek diberi. Sah dia memang sedang menipu! Jika tidak, pasti dari awal individu terbabit sudah respond secepat yang mungkin bukan?

6.Menunding jari

Kenali 7 Jenis Reply Mesej Yang Tidak Jujur

Mengikut sebuah kajian di luar negara, sikap yang suka menunding jadi ini merupakan salah satu taktik untuk bermain dengan perasaan seseorang. Cara ini akan membuatkan anda rasa sebersalah dan akhirnya buatkan anda duduk terdiam.

7. Merungut

Kenali 7 Jenis Reply Mesej Yang Tidak Jujur

Pernah atau tidak anda menjadikan sakit perut sebagai alasan untuk tidak ke sekolah? Pasti macam-macam alasan yang akan anda katakan untuk terus tidak diganggu. Jadi tidak hairan lah mengapa adakalanya indiviu yang cuba menipu ini akan kerap beri alasan seperti ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI