Dilihat ada meluangkan masa bersama dan cukup akrab, vokalis kumpulan Insomniacks, Iqie, tampil menjelaskan status sebenar hubungannya dengan anggota kumpulan Dolla, Angel.

Menurut Iqie atau nama penuhnya Syed Mir Iqbal, hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar teman rapat yang sudah saling mengenali sejak zaman belajar lagi.

Kenal Sejak Belajar & ‘Couple’ Dengan Angel Dolla? Iqie Insomniacks – “Saya Tak Boleh Nak Bercinta Sekarang Kerana…”

“Saya dan Angel sudah berkawan baik sejak di zaman kolej. Sampai sekarang, kami masih berkawan rapat.

“Semoga dia dapat hadir ke konsert Insomniacks Sabtu ini,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Pulang itu berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan sempena konsert Insomniacks Echoes Of Dream di Uranus Studio, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ads

Tambahnya lagi, dia amat menghargai semua sahabat dalam hidupnya dan tidak melebihkan sesiapa.

Kenal Sejak Belajar & ‘Couple’ Dengan Angel Dolla? Iqie Insomniacks – “Saya Tak Boleh Nak Bercinta Sekarang Kerana…”

“Saya anggap semua hubungan bersama kawan-kawan adalah istimewa. Semuanya sama,” ujarnya.

Sibuk Untuk Bercinta, Fokus Konsert

Dalam pada itu, Iqie juga menegaskan dakwaan mengenai hubungan cintanya tidak berasas kerana dia kini benar-benar sibuk dengan kerjaya seni dan tidak mempunyai masa untuk bercinta.

Ads

Kenal Sejak Belajar & ‘Couple’ Dengan Angel Dolla? Iqie Insomniacks – “Saya Tak Boleh Nak Bercinta Sekarang Kerana…”

“Kesemua cerita itu tidak benar. Saya tak boleh nak bercinta sekarang kerana tiada masa. Saya sangat sibuk,” kongsinya lagi.

Mengulas lanjut tentang konsert Echoes Of Dream yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, Iqie meluahkan rasa teruja untuk bertemu para peminat yang telah menyokong Insomniacks selama sedekad.

Ads

“Ia ibarat mimpi menjadi kenyataan. Dahulu, kami hanya mampu angan-angan kosong sahaja. Kami tak sangka muzik kami akan diterima seperti ini.

“Kepada para Maniacks yang akan datang Sabtu ini, tak kisahlah sama ada yang baharu atau lama, kami sangat menghargai sokongan anda.

“Semoga penonton yang hadir nanti dapat mencipta kenangan indah bersama kami dan teman-teman kalian yang lain,” akhirinya.

Konsert Insomniacks Echoes Of Dream merupakan anjuran Sah Entertainment dan ia menjadi sorotan apabila tiketnya habis dijual dalam tempoh kurang dari 4 jam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads