“Kena Workout Kalau Tak…,”- Sarat Hamil Minggu Ke-34, Tapi CP Sarimah Tetap Disiplin Ke Gim

Share

Menanti detik terindah bergelar ibu adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh selebriti, Che Puan Sarimah Ibrahim.

Atas sikap mahu bersifat bermalas-malasan, hos terkenal itu tetap meneruskan rutin hariannya ke gym bagi membantu bayi bergerak sihat dan aktif.

“When you are 34 weeks Pregnant (almost 9 months)..practicing lifting and carrying your baby @thelionkingofficial2019

style…

“Gitew…kena workout sebab kalau tak rasa gementar lain macam je dekat2 nak bersalin ni…🤐😱

“This is a full body workout that utilizes my biceps, my butt, my legs, my shoulders and my hamstrings..the VIPR weight bar is great for stability instead of dumbbells especially at this stage of pregnancy. You can do it with heavy Water bottles at home or anything you can carry! .

“Its light for me, i lift at least double this when not pregnant. Always stay safe and under guidance with Doctors approval ya!,” tulis bintang berusia 41 tahun itu.

Meski usia kandungan sudah mencecah 34 minggu, Sarimah tampak tenang dan bersahaja melakukan aktiviti sedemikian.

Pun begitu, ada segelintir netizen menasihati pengacara itu agar perlu menjaga kandungan dan perbanyakan berehat.

Untuk rekod, Sarimah berkahwin dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, pada 2 April 2015.

Video : Instagram Sarimah Ibrahim
IKLAN