“Kena Tinggal, Salah Perempuan. Senang Betul Kerja,” – Tiz Zaqyah Tempelak Individu Berat Sebelah

Share

Meluahkan rasa tidak puas hati apabila kaum wanita sering dijadikan sasaran dan ‘kambing hitam’ di dalam sesebuah perhubungan, Tiz Zaqyah menerusi laman Twitter ibaratnya berang dengan sikap masyarakat yang berat sebelah.

Tulisnya, segala kesalahan diletakkan di atas bahu kaum wanita meski mereka bukan punca masalah.

Tak pandai siang ikan,salah perempuan. Suami curang,salah perempuan jugak. Kena rogol,salah perempuan.

“Tak dapat anak, salah perempuan. Kena pukul,salah perempuan. Kena tinggal,salah perempuan.

“Senang betul kerja.”


Lalu netizen menyambut persoalan Tiz dengan pelbagai reaksi. Soal mereka, bukankah selama ini hanya wanita sahaja yang betul.

Pada masa sama, ada juga yang berkongsi pengalaman melibatkan hujah yang dikemukakan pelakon jelita ini.

Tiz sebelum ini juga ada berkongsi status mengenai perkembangan terkini dunia hiburan menerusi laman Twitter.

Foto : Twitter Tiz Zaqyah

IKLAN