Kena Sindir “Awak Famous Sejak Cerai”, Ini Jawapan Padu Bella Astillah Terhadap Individu Ini

Share

Kisah penceraian antara Bella Astilah dan bekas suaminya Aliff Aziz mungkin antara berita paling hangat diperkatakan tahun ini.

Sehingga kini, impak daripada kontroversi tersebut menjadi bualan ramai.

Baru-baru ini seorang individu telah meninggalkan komen terhadap posting penyanyi lagu Starlela.

 

Tidak berdiam diri, Bella dilihat ada meninggalkan komen terhadap kenyataan berkenaan. 

“Ini semua rezeki Allah kalau popular sekali pun. Sebab kalau tak ada bakat pun tak boleh juga.

“Semua takdir Allah dan rezeki anak saya. Semoga hati awak semakin bersih dan cakap pun yang baik-baik saja,” katanya.

Jelasnya lagi, tiada siapa yang inginkan penceraian dan semua yang berlaku adalah takdir Allah.

“Siapa lah yang inginkan penceraian, tiada siapa yang kahwin untuk bercerai cuba tanya parents kita.

“Tapi kadang semua itu sudah takdir dan kita redha ketentuan-Nya,” balas Bella positif.

Untuk rekod,Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan bercerai pada Mei lalu.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 2.

Foto : Instagram Bella Astillah

IKLAN