Pelakon Puteri Sarah bersyukur dan berbangga apabila anak sulungnya, Syaikul Islam sukses meraih keputusan cemerlang di dalam kesemua mata pelajaran yang diambil menerusi satu peperiksaan, baru-baru ini.
Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik Puteri Sarah menerusi akaun TikTok, dia berkongsi momen meneliti keputusan peperiksaan tersebut sambil ditemani Syaikul di dalam kereta.
Syaikul berjaya mendapat ‘A’ dalam kesemua subjek termasuk markah penuh 100 di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
“Syaikhul’s report card day!Alhamdulillah syukur. I am a proud mama,” tulis Puteri sarah menerusi video yang sudah pun menerima lebih setuja tontonan itu.
Ads
Sejurus menilai, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menitipkan nasihat kepada Syaikul untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi anak soleh.
Ads
“But overall you are very good. Good job. Okay you kena study hard, sekali dengan football pun bagus juga okay. Kena jadi anak yang baik, soleh dan dengar cakap mama,” pesannya.
Ads
Imbas kembali, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menegur tindakan segelintir warganet yang secara terbuka memerli dan menuduh membuta tuli.
Ia susulan Balqis memuat naik sebuah video di aplikasi Tik Tok bagi meluahkan rasa kesalnya terhadap tuduhan yang tidak berasas.
“Ruginya manusia yang tidak pandang kiri kanan atau hari esok bila berkata. Hanya tahu sedap mulut dan tangan nak menulis tanpa fikir perasaan orang lain dan akibatnya.
“Bagaimana kalau ini terjadi pada diri sendiri pula? Pernah terfikir tak? Jadi, gunalah otak, hati dan ilmu.
“Jangan sedap menghukum sahaja tanpa kebenaran sebenar,” tulis Fazura.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga memberikan kata-kata semangat buat Balqis.
“Semoga terus kuat adikku Balqis! Percaya Allah SWT sentiasa melihat dan mendengar. setiap perbuatan pasti ada balasan-Nya.
“Semoga yang bersalah sempat minta maaf atas perbuatan fitnah ini dengan ibu Balqis dan anak-anaknya.
“Jika tidak, jawablah dengan Allah SWT. Semoga kita ambil pengajaran dan menjauhi sifat sifat syaitan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Balqis turut memberikan reaksi terhadap apa yang dikongsikan Fazura yang tampil bersuara mengenai perkara tersebut.
“Terima kasih banyak-banyak Kak Faz. Semoga Kak Faz dan Fatima selamanya dilindungi daripada kata-kata perit manusia,” balas Balqis.
Baru-baru ini, Balqis ada memuat naik sebuah video bersama ibunya di Tik Tok.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat reaksi negatif segelintir pihak yang mendakwa ibu Balqis mengambil bahan terlarang hanya kerana keadaan matanya yang kelihatan merah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nur Fazura & Puteri Balqis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model terkenal Indonesia, Andrew Andika, 37, dilaporkan ditahan pihak polis atas kesalahan salah guna dadah jenis Syabu pada tanggal 26 September lalu.
Berita penangkapan pelakon sinetron Tasbih Cinta yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, bahkan ibunya sendiri.
Lapor media tempatan yang menghadiri sidang media di Mapolres Jakarta Selatan, ibu Andrew terkejut dan jatuh sakit usai mendengar berita penangkapan anaknya itu.
Keadaan ibu pelakon tersebut diceritakan pemandu peribadinya yang dikenali sebagai Andre.
“Terkejutlah, mamanya langsung sakit sekarang. Memang sebelumnya dia sudah menghidap penyakit darah tinggi dan ditambah pula dengan umur yang sudah mencecah 70 tahun,” kongsinya.
Imbas kembali, Andrew ditangkap pihak berkuasa di kediamannya yang terletak Bogor, Jawa Barat.
Berdasarkan perkongsian pihak polis, alasan mengapa bapa kepada dua cahaya mata itu tersebut menggunakan dadah adalah disebabkan masalah keluarga yang di alami.
Umum mengetahui, hubungan Andrew dan isterinya, Tengku Dewi retak apabila dia berkali-kali curang dan hubungan mereka kini dikatakan berada di ambang perceraian.
Andrew merupakan anak berdarah campuran Norway di sebelah bapanya dan Indonesia di sebelah ibu. Dia mula terjun ke dunia hiburan sejak usia belasan tahun lagi sebagai model iklan sebelum mula berlakon sinetron.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian ramai susulan beberapa kontroversi melibat dirinya.
Bella telah dikritik hebat netizen kerana didakwa menjadi punca penarikan diri penyanyi, Stacy daripada sebuah acara konsert.
Tidak terhenti setakat itu, Bella sekali lagi menjadi mangsa kecaman segelintir netizen
selepas video nyanyiannya tular di media.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah tampil memberikan kata-kata semangat buat kakaknya itu untuk kembali bangkit.
Menurut Didi, Bella merupakan seorang wanita yang sanggup berkorban dan bekerja keras demi membesarkan anak-anak dengan baik.
“Sumber kekuatan Kak Long untuk selalu bertahan dengan perjuangannya. Ara dan Ayden. Mereka selalu bangga dengan mummy mereka tak kira apa sekalipun.
“Mereka adalah penyokong terbesar dalam hidup Kak Long.
“Yang kenal dan rapat dengan Kak Long tahu macam mana dirinya yang sebenar. Adik tahu selagi ada kudrat Kak Long di dunia ni,
Kak Long nak besarkan Ara dan Ayden dalam keadaan sihat dan bahagia,” tulisnya.
Sementara itu, Didi juga mengakui bukan mudah buat Bella untuk terus bertahan lebih-lebih lagi selepas bergelar ibu tunggal.
“Mungkin bukan mudah untuk ibu tunggal macam Kak Long untuk sentiasa kuat dalam hadapi apa-apa ujian.
“Tapi keluarga, kawan-kawan dan anak-anak Kak Long akan sentiasa memberi semangat untuk Kak Long sentiasa maju ke depan.
“Teruskan apa sahaja usahamu Kak Long untuk mencari rezeki buat anak-anakmu. Semoga rezekimu selalu dilancarkan.
“Semoga segala urusanmu dipermudah. Semoga yang baik-baik sahaja di dunia ini buat mu. Semangat ya, Kak Long,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut sama memberikan kata-kata semangat buat Bella.
“Jika baca komen-komen netizen di Facebook, betapa jahatnya mereka. Hanya kerana satu isu, tak mampu nak tutup mulut longkang berkenaan. Bella, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
“Saya faham bila Didi kongsi hantaran sebegini. Mungkin ramai yang kecam fasal isu yang mereka pun tak tahu hujung pangkal. Terus kuat Bella. Kebahagiaan anak mengatasi kecaman-kecaman manusia yang tiada otak sekarang ini.
“Semoga terus kuat Bella. Pedulikan orang-orang yang membenci. Biar Allah sahaja yang mengadili. Ramai ikhlas dan sayangkan Bella daripada manusia bertopeng.
“Yang asyik kutuk-kutuk, tengoklah anak dia yang dua orang tu. Kalau tak suka, tak perlu cakap bukan-bukan. Korang tahu ke betapa payahnya Bella cari rezeki buat anak-anak,”- antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi , Bella dan bekas suami, Aliff Aziz telah sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Bella dan Aliff berpisah selepas lapan tahun hidup bersama. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah & Didi Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.