Awal semalam, pelakon Fasha Sandha ada berkongsi keratan video salah satu babak menerusi telefilem terkini lakonannya, Raya Kali Ini menerusi Instagram.
Menerusi sedutan video tersebut, Fasha dirakam sedang melakonkan aksi berhari-raya dengan bersalam-salaman dengan beberapa orang kanak-kanak.
Namun apa yang menariknya, Fasha yang sebelum ini ada memaklumkan dirinya tidak berada sihat turut dilihat menahan selesema yang dihadapi.
“Dan apabila tengah selsema, kena buat scenes beramai2 dengan kids ? kena buat ulang2 Lebih 21 kali.
Ads
“Memang enguji.. tapi, tak apa… asalkan dalam TV nanti semuanya nampak ok,” tulisnya.
Lalu, rata-ratanya turut memuji sikap Fasha yang sebelum ini cukup sinonom menerusi kualiti dan ketepatan masa terhadap jadual kerja, khasnya di lokasi penggambaran.
Pelakon Nelydia Senrose sebentar tadi ada memaklumkan dia bakal berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Rombongan umrahnya turut disertai suami dan kakaknya.
Ini merupakan kali kedua pelakon Cinta Tiada Ganti itu mengerjakan umrah, tahun ini.
Menerusi Instagram, Nelydia menitipkan rasa serta memohon kemaafan atas segala khilaf dan silapnya.
“Assalamuallaikum, Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mengerjakan umrah di bulan yang mulia ini dan kali ini bersama suami serta kakak saya.
“Dengan ini saya memohan maaf di atas segala kesilapan diri ini pada yang mengenali saya secara dekat mahupun tidak.
“Doa kan segala urusan saya di permudahkan , dan saya akan doa kan kalian juga di sana InsyaAllah, tulisnya.
Pelakon, Datin Zizie Izette ada berkongsi momen InstaStory ketika dia sedang memasak di dapur menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Walaupun bergelar status Datin dan isteri kepada ahli politik, Zizie tidak berasa malu dan kekok untuk berkongsi periuk kesayangan miliknya bersama peminat.
“Sup tulang. Jgn hina periuk gelap ni. Ni periuk kesayangan.”tulisnya.
Untuk rekod, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Kemudian, Zizie timang lagi seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette pada 1 Mac lalu.
Baguslah Zizie ni, sentiasa bersikap merendah diri dan penyayang. Dah lah cantik dan pandai memasak pula tu. Bertuah suami!
Pelakon, Mas Khan meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu bertindak kejam terhadap haiwan.
Kongsi Mas, dia bersimpati dengan nasib kucing betina itu yang sudah patah tulang kaki akibat dilanggar lari individu terbabit.
“KEJAM !!!!!!!!Aku sedih dengan manusia yang takda hati perut.. kau dah langgar kucing dan kau SEDAR tapi kau buat bodoh and lari???
“Mana hati kau weh? Takda rasa kesian lgsg ke dekat binatang? Aku faham kalau kau tak perasan tapi kau stop siap turun tingkap tengok pastu bila kau nampak aku turun moto asal kau tekan minyak lari????
“Aku betul2 kecewa dengan sikap manusia macam kau ni.. anyway, im so sorry i’ve done my part 🙏🏻 RIP baby girl ,” tulis Mas emosi.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...