“Kemuliaan Dia Jaga Mak, Sangat Buat Saya Malu,” – Yati Berhenti Kerja, Bonda Rozita Menangis Sebak, Beri Gelang Emas Tanda Kenang Jasa

Share

Usahawan Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita akui sebagai majikan dia menyayangi semua para pekerjanya baik dari Indonesia atau Malaysia.

Meski pernah berhadapan dengan pelbagai pengalaman buruk sebelum ini, Rozita memberitahu dia tetap menjalinkan hubungan baik bersama pekerja, lebih-lebih lagi terhadap mereka yang masih berkhidmat sehingga ke hari ini.

“Yang terbaik … bila hilang kosong jiwa bonda, siapa pun dia status asal makhluk saya akan sayang kepada yang berbuat baik!

“Meskipun sejak buat rumah hutan, pekerja Indonesia saya rugi berjuta sebab bayar agen & buat permit, mereka tak setia, kabur atau selingkuh banyak tingkah susah uruskan mereka dibandingkan Melayu.

“Biarlah mereka, tapi saya kenang jasa mereka yang lain, kerana mereka yang terbaik, kami saling memerlukan. Masih ramai kenang budi baik saya, kami saling membalas budi!

“Tanpa mereka saya tak boleh kerja sejauh ini. Rumah hutan ni diterokai bersama orang Indonesia yg setia dengan bonda,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Rozita turut berkongsi cerita perihal salah seorang pembantu rumahnya, dikenali sebagai Yati yang kini telah berhenti kerja.

Sebagai tanda penghargaan, Rozita menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada Yati di hari terakhir perkhidmatan.

“Yati jaga arwah mak saya 24 jam tanpa henti! Mandi makan basuh berak, usap mak saya sebelum tidur! Sedangkan saya tak buat begitu pada mak saya! Kemuliaan dia menjaga mak saya, sangat buat saya malu.

“Saya sayang semua pekerja walau Indon & melayu, lebih-lebih lagi yang banyak jasa, berbuat baik dalam pekerjaan. Saya suka menguji kesetiaan pekerja.

“Yati ni semua dia nak pakaikan saya. Butang baju, kasut, kalau boleh sependa pun dia nak pakaikan. Dia sayang saya kerana dia tak pernah ada ibu sejak kecil. Umur dia sebaya Kri (Aliff Syukri).

“Dia tak sedar saya rakam, saya pakai mic. 3 hari sebelum balik dia dah nangis hari-hari,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Rozita berpendapat sebagai majikan seharusnya menghargai jasa pekerja terutama sekali kepada mereka yang baik dan setia.

“Semua orang ingin kehidupan yang baik, kita majikan juga mahu kehidupan yang baik. Mereka orang miskin yang setia dan baik. Hargailah moment terakhir dengan sedekah.

“Perkerja adalah jiwa & keperluan yang utama dalam life saya; nilai sayang, setia, amanah, team work adalah senjata kejayaan dalam rumah sampai keluar rumah,” luahnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN